Catatan

Tunjukkan catatan dari 2008

Doakan Dia Diberi Kekuatan...

Imej
Assalammualaikum dan Salam muhasabah.... Entri kali ini ada beberapa perkara gembira dan duka yang ingin saya kongsikan dengan teman-teman sekalian...Cuti hujung minggu lepas saya diisi dengan jemputan menghadiri majlis perkahwinan sahabat saya semasa di kampus dan ziarah sahabat di hospital... Kepada sahabat2 yang pernah menyertai program OPKIM Khidmat Mesra Insan (KAMI05) di Kg. Tengkawang, Kuala Berang di Kuala Terengganu mungkin kenal Ina. Ina ialah salah seorang peserta OPKIM...waktu itu umur dia baru 19 tahun, sekarang 22 tahun..mendahului kami berumahtangga....doakan mereka bahagia hingga ke Syurga, Ameen.... * Ima, Lin, Ina & Shaharom (waktu ni dah petang, kami sampai lewat...pengantin dah tukar baju...tapi yang bestnye, pengantin yang hidangkan kami makanan...terima kasih kepada Ina & Shaharom dan ibu bapa Ina yang menerima kehadiran kami di saat-saat akhir majlis....) Azmi dan Tengku Haphiz...dan saya (ambil gambar). Mempelai selepas majlis pernikahan. (Ihsan gambar,

...handphone hilang, Aura Tok Guru 2 tidak dapat di uploadkan...

Harap maaf, Aura Tok Guru 2 tidak dapat di upload kan seperti yang saya maklumkan di entri yang lepas.... semua bahan (gambar dan video talk Tok Guru) di dalam hp tersebut hilang maka aura tok guru 2 tidak dapat ditatap untuk entri kali ini...namun begitu, terima kasih kepada teman-teman yang sentiasa singgah di blog ini...insyaAllah saya cuba update entri dari masa ke semasa...

Aura Tuan Guru 1

Imej
Program: Majlis Makan Malam Bersama Tok Guru Tarikh: 3 November 2008 Masa: 8.00mlm-12.00mlm Tempat: Penthouse Suite 4, Cattelya Grand Ballroom, Wisma PKPS, Shah Alam Selangor Anjuran: Dewan Muslimat PAS Kawasan Shah Alam Kehadiran: Lebih 800 orang tetamu VVIP: YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz b. Nikmat (Muryidul Am PAS, Menteri Besar Kelantan) YB Datuk Haji Kamaruddin Jaafar (Setiausaha Agung PAS Pusat, Ahli Parlimen Tumpat) YB Khalid Samad (Timb. Pesuruhjaya II PAS Selangor, Ahli Parlimen Shah Alam) YB Dr. Siti Mariah Mahmod (Ahli Parlimen Kota Raja) YB Hj. Yaakop Sapari (ADUN Kota Anggerik) Persembahan: Saudara Azhan Atan (Juara Akademi Nasyid TV9) Ahmad Hibatullah Zawawi (Bakat baru) ...Tuan Guru... "...Wahai manusia, tanpa mengira bahasa, bangsa dan budaya...dengar tuhan cakap, kata Allah "Kami membuat kamu semua baik lelaki baik perempuan dan kami jadikan kamu bermacam-macam puak, bangsa dan keturunan tujuannya untuk kamu kenal mengenali dan sesungguhnya yang p

...Mulakan hari dengan kata-kata positif...!!!

Assalammualaikum dan salam motivasi... Kali ini saya ingin berkongsi dengan semua mengenai ilmu kesihatan natural.... Saya percaya ramai diantara kita pernah membaca mengenai Ekperimen Saintis Jepun, Masaro Emoto mengenai kesan kata-kata positif & negatif keatas air. Maklumat lanjut klik "WaterSong" atau "EmotoProject" atau Shafril.com. Apa hubungan kata-kata tu dengan tubuh manusia? Principles of Science for Nurses menyatakan 60% badan manusia terdiri daripada air dan percayalah disebabkan fakta itu kita digalakkan minum 8 gelas air kosong/mineral/putih sehari, mandi 2 atau 3 kali sehari dan macam-macam lagi manfaat air kepada badan. Kaitan diantara fakta kajian Masaro Emoto dan Principles of Science for Nurses ini adalah apabila kita banyak menuturkan kata-kata posotif pada diri kita dan orang-orang disekeliling kita...maka molekul 60% air yang ada di dalam badan kita akan bertukar mengikut getaran kata-kata positif tersebut. Sebab itulah bila kita hadir

Malam ke-21 ke?

Imej
Assalammualaikum ... Salam Penghujung Ramadhan.... Mungkinkah malam Lailatul Qadar jatuh pada malam ke 21 yang lepas? Sama-sama kita renungkan perbincangan ilmiah ini. Click me! Malam 21 tu, siangnya kami NISA' Shah Alam Alhamdulillah baru sahaja mengadakan program sempena Ramadhan; NISA' TALKSHOW: CUKUP WANG HATI TENANG di Pentas Utama Kompleks PKNS Shah Alam. Alhamdulillah kehadiran peserta amat memberangsangkan...lepas ni mungkin PKNS boleh/akan bagi laluan kepada NISA' untuk buat lagi TalkShow...al-maklumlah bila ada program menarik pengunjung ke PKNS serba sedikit membantu promosi ekonomi bumiputera yang berniaga di sana . ... Oklah, berbalik pada entry kali ini, apa yang saya boleh kongsikan...pagi 21 hb tu memang cuaca dan suasana di sekeliling rumah saya...lain macam sahaja. Tenang semacam, matahari semacam 'menyorok' di sebalik awan...tapi tak macam mendung...pendek kata memenuhi ciri-ciri dan kriteria yang dibincangkan...Hanya Allah yang mengetahui... Peta

Jom Cuci Mata!

Imej
Assalammualaikum & selamat sejahtera...seperti yang dijanjikan, entri kali ini saya cuba upload beberapa gambar yang menarik untuk tatapan pengunjung & blogger sekalian...sambungan dari entri lepas. ...cuba lihat paras air yang sebenar...gambar ni diambil ketika air sudah surut... ...sekarang, banjir adalah perkara biasa.... ...ada yang gembira... ...ada yang duka, merenung hikmah disebalik musibah... ...air naik separas lutut... ...masing-masing merenung dan termenung... ...bukan didaratan sahaja air naik... ...fitrah haiwan bernama kucing...takut dengan air... ...masih ada yang sayang... ...sabar seekor kucing... ...cuba renung betul-betul gambar ini... "keluar mulut harimau, masuk mulut buaya"... kata tikus tu! ...sudah jatuh ditimpa tangga...kucing hitam tu nampak sangat tak puas hati dengan cik tikus! ...taman permainan pun jadi mangsa...Dinasour??? SITUASAI DI DALAM PEJABAT... ...Bro Azmi cuba jadi hero hari tu.. anyway thanks, you have done your best.. .tak lup

Banjir & PRU12

Imej
WHAT : Banjir WHERE : Pusat Daerah Seksyen 6, Shah Alam WHEN : Sabtu, 5 April 2008 sekitar 4.30ptg-6.00ptg WHY: Hujan lebat selama 2 jam sebelum air naik HOW : Parit tersumbat, tak mampu tampung air dan macam-macam sebab lain menyebabkan air melimpah memenuhi jalan dan tanah yang rendah. (yang paling tenggelam - surau. InsyaAllah akan saya upload gambar tersebut) Who (mangsa) : Peniaga-peniaga, pekerja-pekerja dan penduduk di sekitar kawasan Pusat Daerah Seksyen 6 InsyaAllah saya akan upload gambar-gambar lain sekitar kawasan yang dinaiki air. Antara yang menarik, gambar beberapa ekor kucing menyelamatkan diri memanjat grill pintu..dan celah kekalutan itu juga seekor tikus cuba menyelamatkan diri di grill yang sama! (",) Selepas reda 'tsunami' po litik di Malaysia 8 Mac lalu, kini beberapa kawasan di sekitar Selangor dan Lembah Klang pula di landa satu lagi bencana alam - yang sengaja dirancang oleh manusia - BANJIR KILAT! Catatan sahabat saya, Munawirah di blog

'Intelligent' dan Lembu!

Imej
Fenomena PRU12 2008 yang lepas membawa pelbagai impak kepada segenap kehidupan rakyat Malaysia. Wakil-wakil rakyat dan pemimpin negara, masing-masing dikejutkan dengan keputusan pilihanraya yang berpihak kepada Barisan Rakyat dan rakyat pula selaku kuasa 'pemutus' juga agak terkejut dengan kemampuan mereka mewujudkan 'tsunami politik' di Malaysia. Pada perkiraan saya, kedua-dua golongan ini masih merasai gelombang tersebut hinggalah saat ini. Saya akui, saya masih lagi 'demam' dengan fenomena ini. Tahniah rakyat Malaysia, anda mampu mengubahnya! Dan pastinya, antara elemen penting kepada berlakunya gelombang ini adalah perang saraf yang dilakukan oleh media. Untuk catatan kali ini, saya ingin berkongsi satu perkara penting yang tidak ramai antara kita; pembaca suratkhabar, penonton tv, pendengar radio dan pengguna kepada media massa ketahui iaitu apa sahaja penulisan berita, rencana dan bahan-bahan penulisan lain sebelum diterbitkan telah ditapis dahulu me

Media memanipulasi & dimanipulasi!!!

Saya suka memetik artikel berikut untuk analisis kita bersama, sejauhmana media mampu memanipulasi dan dimanipulasi! Ihsan: Harakahdaily.net http://harakahdaily.net/ Utusan dan TV3: Ke manakah pergi perkataan "kononnya", "pengikut", "mendakwa" dan lainnya Shirzad Lifeboat Tue Mar 11, 08 11:28:24 PM Hilang sudah wajah yang sentiasa cuba memaparkan "sayalah tokoh paling bijak pernah dilantik selaku PM Malaysia" di wajah Abdullah sebaik sahaja semua petunjuk dan keputusan awal PR-12 menunjukkan BN tidak mungkin mencapai majoriti dua pertiga dalam Parlimen dan hilang beberapa kerajaan negeri serta gagal menawan Kelantan. Turut hilang bersama pada malam itu dan pada hari-hari berikutnya perkataan popular media kerajaan seperti "kononnya", "mendakwa", "pengikut parti pembangkang' (seolah-olah parti pembangkang yang didaftarkan secara sah diibaratkan seperti pertubuhan haram) yang sering digunakan bagi menghina parti pemban

Kasihan Datuk A.Samad Said !

Assalammualaikum... (Dah lama tak update blog...Alhamdulillah, hari ni Allah s.w.t bukakan ruang untuk menulis dan ada satu perkara menarik yang ingin saya kongsikan hari ini) Sedang asyik meninjau-ninjau berita dan rencana di Utusan Malaysia Online tiba-tiba mata dan minda saya tersentuh dengan berita di ruangan SASTERA akhbar tersebut. (Rujuk Artikel : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0124&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sastera&pg=sa_03.htm Dewasa ini, karya Sastera dilihat menjadi sangat asing dengan kehidupan kita (tinjauan rambang saya terhadap sahabat-sahabat dan kenalan di sekeliling saya). Tidak ramai yang suka membaca dan pastinya kalau membaca pun mungkin bukanlah bacaan yang berat seperti rencana, puisi atau karya-karya ilmiah yang lain. Kalau saya boleh sebutkan di sini, kebanyakan orang suka membaca itupun bahan bacaan yang berbentuk penceritaan seperti komik dan novel-novel. Kalau memang ramai suka membaca, mana mungkin Majalah MASSA yang penuh