Banjir & PRU12



WHAT: Banjir
WHERE: Pusat Daerah Seksyen 6, Shah Alam
WHEN: Sabtu, 5 April 2008 sekitar 4.30ptg-6.00ptg




WHY: Hujan lebat selama 2 jam sebelum air naik
HOW : Parit tersumbat, tak mampu tampung air dan macam-macam sebab lain menyebabkan air melimpah memenuhi jalan dan tanah yang rendah. (yang paling tenggelam - surau. InsyaAllah akan saya upload gambar tersebut)




Who (mangsa) : Peniaga-peniaga, pekerja-pekerja dan penduduk di sekitar kawasan Pusat Daerah Seksyen 6

InsyaAllah saya akan upload gambar-gambar lain sekitar kawasan yang dinaiki air. Antara yang menarik, gambar beberapa ekor kucing menyelamatkan diri memanjat grill pintu..dan celah kekalutan itu juga seekor tikus cuba menyelamatkan diri di grill yang sama! (",)


Selepas reda 'tsunami' po
litik di Malaysia 8 Mac lalu, kini beberapa kawasan di sekitar Selangor dan Lembah Klang pula di landa satu lagi bencana alam - yang sengaja dirancang oleh manusia - BANJIR KILAT!

Catatan sahabat saya, Munawirah di blognya 'BERFIKIR DEMI KEBENARAN'
merupakan salah satu kes banjir kilat yang berlaku selepas PRU12. Tapi biasalah di KL, banjir kilat sudah agak biasa kedengaran. Tapi, takziah kepada Munawirah atas ujian yang dihadapi dan tahniah juga kerana dengan izin Allah s.w.t diberi kekuatan mengharungi 'arus' ujian dan arus banjir tempoh hari...!

Banjir di Shah Alam, sejak 2 tahun kebelakangan ini (kalau tidak silap saya) acapkali berlaku dan seperti yang rakyat Malaysia sedia maklum kawasan TTDI Jaya dan Batu Tiga Shah Alam sudah ditenggelami air...banjir kilat. Kejadian banjir ini berlaku sebelum PRU12 dan pastinya ia menjadi isu yang agak penting untuk ditangani oleh kerajaan Negeri Selangor (BN) ketika itu. Ramai yang mengatakan itu bala dari Allah s.w.t.

Ada yang kata,
"Tu lah, mana tak naik banjir...disimpannya kilang arak kat Shah Alam ni. Bala-bala!"

Tak kurang juga mencelah,
"Aku rasakan, dah banyak sangat maksiat kat Shah Alam ni. Tengok je lah budak-budak muda yang melepak kat Dataran Shah Alam tu...lelaki perempuan duduk 'bersembang' sampai ke pagi. Itu yang kita nampak, yang kita tak nampak...tu yang jadi kes buang bayi pulak.."

Lagi mudah, ada yang buat kesimpulan, "Pada pandangan akulah, semua masalah yang berlaku ni tak kiralah maksiat ke, buang bayi ke hatta banjir ni ada kaitan dengan pemimpin yang ada kat atas kita ni. Ingat senang ke pegang amanah Allah s.w.t nak mentadbir bumi ni? Tak boleh guna rasional & akal fikiran manusia je...kena ada peraturan & undang-undang. Kalau masalah tak diselesaikan dengan cara yang betul, ujian makin bertambah, kerosakan makin menjadi-jadi...tengoklah lepas ni, ntah-ntah tsunami plak kat Shah Alam ni!"

Itu antara komen-komen yang kedengaran ketika mula-mula banjir menjengah Shah Alam satu ketika dahulu. Banjir sebelum PRU12.


Baru-baru ini, sehari sebelum kejadian banjir yang menimpa Munawirah di UM iaitu pada 5 April lalu kawasan Seksyen 6 Shah Alam pula dinaiki (lihat gambar) . Banjir tersebut turut 'singgah' di pejabat saya bekerja; Pusat Kesihatan Natural Terapi (berdekatan Pasar Basah Seksyen 6)
melebihi paras buku lali. Awal tahun 2008 dahulu kawasan ini pernah dinaiki air, tetapi pada 5 April lalu air yang naik tidak terjangkau oleh jangkaan kami (saya dan beberapa peniaga-peniaga di kawasan tersebut).

Seperti biasa, bila sesuatu berlaku manusia suka membuat telahan. Lebih-lebih lagi jika yang berlaku itu perkara yang tidak menyenangkan, menyakitkan dan membawa kerugian.

Mula kedengaran suara-suara tidak senang hati,
"Itulah, bila pembangkang menang banjir jadi lagi teruk. Tak pernah-pernah banjir kat sini, lepas pilihanraya banjir. Bala-bala!"

Ada juga yang menokok-tambah,
"Kita tengok apa kerajaan negeri sekarang boleh buat. Aku tak sabar-sabar nak rasa khidmat diaorang ni. Hah! kotakan janji masa pilihanraya hari tu!"

Seperti biasa, pasti ada kesimpulan,
"Pada aku banjir sebelum pilihanraya ke atau selepas pilihanraya ke, semua tu dah ditakdirkan Allah s.w.t. Memang dijadualkan pada tarikh-tarikh ni Shah Alam akan banjir. So janganlah pulak kaitkan dengan kerajaan ni memerintah, kerajaan tu memerintah. Yang penting bila ada masalah tu perlu disiasat punca dan selesaikan dengan cara yang betul. Selagi tak buat ikut undang-udang & hukum syariat yang betul di mana-mana Allah s.w.t turunkan bala. Tak terkecuali Shah Alam!"

PANDANGAN SAYA:

Banjir di Shah Alam ini salah satu contoh sahaja bala dan ujian yang Allah s.w.t zahirkan kepada manusia. Apa yang penting adakah manusia itu menyedari kewujudan Tuhan, memerhati Kebesaran dan Kekuasan Tuhan dan menginsafi diri mereka sebagai hamba. Allah s.w.t yang menciptakan segala-segala kejadian dan Allah s.w.t juga Maha Mengetahui hikmah di sebalik apa yang berlaku.


Kemenangan Barisan Rakyat di Selangor menanti di depannya beribu ujian dan bebanan amanah untuk kita berusaha mengisi kemenangan....dan itulah tanggungjawab khalifah di bumi seperti mana yang dinyatakan Allah s.w.t dalam ayat bertikut:,

''Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: ''Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.'' Mereka berkata: ''Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?''. Tuhan berfirman: ''Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui''(Al-Baqarah:30)

Jika di bawah pemerintahan kerajaan negeri dahulu, ramai yang beranggapan UMNO dan BN tidak melaksanakan tanggungjawab mengikut ketetapan hukum Islam dan keadilan yang sebenar maka terjadilah kerosakan di Selangor ini. Dan sama-samalah kita muhasabah dan mendoakan agar kerajaan Barisan Rakyat yang diterajui oleh PKR, DAP dan diberi juga harapan yang sangat tinggi kepada PAS agar kerajaan negeri Selangor baru ini mampu mengubah senario kerosakan yang dibuat sebelum ini.

Jika Barisan Rakyat tidak perfom, bukan sahaja banjir mungkin lebih hebat ujian dan bala diturunkan Allah s.w.t sebagai peringatan kepada kita orang yang berIMAN!







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jadikan Impian Satu Kenyataan, Mulakan Hanya Dengan Sehelai Kertas!

...Mulakan hari dengan kata-kata positif...!!!

Movies & Song Critics: 1 LITRE OF TEARS, Kisah Penuh Hikmah & Pengajaran