Malam ke-21 ke?



Assalammualaikum ... Salam Penghujung Ramadhan....


Mungkinkah malam Lailatul Qadar jatuh pada malam ke 21 yang lepas? Sama-sama kita renungkan perbincangan ilmiah ini. Click me!


Malam 21 tu, siangnya kami NISA' Shah Alam Alhamdulillah baru sahaja mengadakan program sempena Ramadhan; NISA' TALKSHOW: CUKUP WANG HATI TENANG di Pentas Utama Kompleks PKNS Shah Alam. Alhamdulillah kehadiran peserta amat memberangsangkan...lepas ni mungkin PKNS boleh/akan bagi laluan kepada NISA' untuk buat lagi TalkShow...al-maklumlah bila ada program menarik pengunjung ke PKNS serba sedikit membantu promosi ekonomi bumiputera yang berniaga di sana. ...


Oklah, berbalik pada entry kali ini, apa yang saya boleh kongsikan...pagi 21 hb tu memang cuaca dan suasana di sekeliling rumah saya...lain macam sahaja. Tenang semacam, matahari semacam 'menyorok' di sebalik awan...tapi tak macam mendung...pendek kata memenuhi ciri-ciri dan kriteria yang dibincangkan...Hanya Allah yang mengetahui...

Petang 20hb, seorang kenalan; Kak Masrijah berpesan pada saya yang dia dengar kuliah dari ust Wan Sohor kalau puasa tahun ni jatuh hari Isnin kemungkinan malam Lailatul Qadar jatuh malam 21...jadi dia sempat pesan pada kami...mlm 21 ni cuba buat yang sebaik mungkin....ibadahnya...

Walau apa pun, semoga kita semua diampunkan dosa dan dijauhkan dari seksaan api neraka...dan yang paling penting menjadi 'seseorang' yang lain apabila Ramadhan melabuhkan tirainya....! Qalbun Salim.......

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jadikan Impian Satu Kenyataan, Mulakan Hanya Dengan Sehelai Kertas!

...Mulakan hari dengan kata-kata positif...!!!

Movies & Song Critics: 1 LITRE OF TEARS, Kisah Penuh Hikmah & Pengajaran