Catatan

Tunjukkan catatan dari 2009

"I Beat Cancer"...Akhirnya Ika bertemu Allah pada tengahari Jumaat 14/11/09

Imej
Sudah lima hari Ika meninggalkan saya dah sahabat-sahabiah yang pernah hidup bersamanya. Bersama dalam kehidupan perjuangan sejak di kampus sehinggalah bergelar graduan. Untuk entri kali ini, saya catatkan sekalung doa dan penghargaan kepada arwah yang pernah hadir dalam hidup saya sebagai seorang sahabat. Arwah Yang Saya Kenali Allahyarhamah Nurul Zalika Md Zan yang saya kenali seorang teman yang mudah didekati. Peramah orangnya, bijak berkata-kata dan berhujah dalam mengeluarkan pandangannya. Mungkin disebabkan minat dan kecenderungan kami sama iaitu politik dan siasah buat kami sekepala. Dia tidak terlalu syadid tetapi seorang yang berfikiran luas dan terbuka. Mudah bermuzakarah. Orangnya lembut, agak manja dan sopan. Mungkin disebabkan saya kakak dan budaya orang Johor memang begitu. Walaupun saya dan arwah berlainan institut pengajian (Arwah di UM, saya di UiTM) tetapi gerakerja dakwah menyatukan kami di dalam satu wadah. Di situ ukhuwah disemai dan gerakerja islam disusun bersama

PRU13, Selangor dan Nasihat Ust Tuan Ibrahim Tuan Man

Imej
Assalammualaikum dan Salam muzakarah... Alhamdulillah, melalui beberapa muzakarah dan usrah yang saya ikuti saya berhajat berkongsi input dan pandangan bersama-sama sahabat-sahabat dimedia baru ini. Sedikit analisis daripada apa yang berlaku di Selangor dan di era pengisian kemenangan Pakatan Rakyat di Malaysia menunjukkan beberapa trend gerakerja siasah dan politik khususnya diperingkat UMNO/BN ke arah merampas kembali kerajaan-kerajaan yang diterajui oleh Pakatan Rakyat. Cuba kita fikirkan dan renungkan beberapa fakta di bawah: 1. Jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor adalah Presiden UMNO/BN merangkap Perdana Menteri Malaysia sendiri, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak. 2. Selangor: Antara negeri-negeri di Malaysia yang mempunyai sumber hasil terkaya di Malaysia. Jatuhnya Selangor kepada UMNO/BN membawa perubahan sangat besar kepada UMNO/BN kerana melalui Selangor satu jumlah dana akan diperolehi sekelip mata. Sangat diperlukan untuk perbelanjaan gerak kerja PRU 13 nanti. Be

Movies & Song Critics: 1 LITRE OF TEARS, Kisah Penuh Hikmah & Pengajaran

Imej
Assalammualaikum dan salam pertemuan ... Entri kali ini agak ringan dan bersahaja namun mesej disebalik apa yang cuba dipaparkan bagi saya amat bermakna. Mengajar kita merenung kehidupan dan mensyukuri segala nikmat yang Allah s.w.t kurniakan hatta sehela nafas yang disedut dan dilepaskan... Mungkin ini entri pertama untuk ruangan Movies Songs Critics yang saya cuba aplikasikan daripada aktiviti yang diperkenalkan oleh Nisa. Siri TV: One Litre of Tears ini saya pilih untuk dianalisis dan dikritik bersama supaya aktiviti menonton boleh dijadikan satu program pengisian bermanfaat. Untuk diri kita dan orang lain. Tidak salah menonton sesuatu siri tv/drama/filem jika matlamat dan tujuan menonton itu ditetapkan dengan jelas di dalam minda kita. Apa yang memudaratkan ialah apabila minda kita tidak dipandu dan tidak diarahkan untuk menapis baik dan buruk mesej dari cerita yang kita tonton. Baiklah, kita teruskan dengan entri kali ini. Siri TV dari negara matahari terbit;Jepun ini cukup menye

Adakah 'Kata' Mereka Akan Di Dengar?

Imej
Pertama-tamanya saya memulakan entri kali ini dengan ucapan tahniah kepada GAMIS sebuah Badan Bukan Kerajaan yang didokongi oleh alumni mahasiswa-mahasiswi IPTA/IPTS atas usaha mereka melakukan sesuatu untuk memperjuangkan isu pendidikan di Malaysia ini. Apa/What: Kongress Rejenuvasi Sistem Pendidikan Islam Malaysia Bila/When: 11 Julai 2009, 8pg-6.30ptg Mengapa/Why:Kongres bertujuan menilai semula keberkesanan sistem pendidikan Islam yang diamalkan dan membetulkan pandangan dunia terhadap pendidikan Islam yang sebenarnya. Dimana/When: Auditorium Muzium Alam Shah, Shah Alam Selangor Siapa/Who: Anjuran Gabungan Mahasiswa ISlam Semenanjung (GAMIS) Mengapa/How: Penganjuran kongress dengan pembentangan kertas2 kerja oleh tokoh-tokoh pembentang kertas kerja mahir dalam bidang masing-masing. Karikatur ini adalah beberapa sedutan konflik & isu yang berlaku di sekolah-sekolah dan institusi pendidikan tinggi yang lain. Semoga dengan penganjuran kongress ini membuka satu lembaran baru kepada

Dramaterapi : Satu Lagi Teknik Mengurus Stress! DAFTAR SEGERA!!!

Imej
Suhana Hamdan, M.A (UKM)Pakar Dramaterapi M.A (UKM)PH.D ( MGMT ) – UNITAR (on going )PENGASAS KASEH CVR™ (PERUNDING DRAMATERAPI & MOTIVASI) Dedikasi beliau adalah di dalam bidang dramaterapi.Walau pun bidang ini amat baru di negara ini namun kecenderungan beliau terhadap bidang ini sudah mula dirasakan semenjak tahun 1997 sewaktu bertugas di universiti tempatan. Dramaterapi banyak dipraktis sewaktu kuliah bersama pelajarnya mahu pun bengkel-bengkel yang diusahakan oleh pihak Daisy Speech & Drama Centre, iaitu sebuah sekolah drama untuk kanak-kanak dan remaja yang diusahakan sejak tahun 2003. Melalui pengalamannya dalam dunia akademik selama 12 tahun dan bidang kejurulatihan (drama based training) yang diceburinya sejak di universiti lagi ( 1990 – hinggalah sekarang ) Beliau telah melahirkan idea dan modul yang dinamakan KASEH CVR™ ilham melalui pengalaman dan penyelidikannya tentang manusia dan nalurinya, manusia dan kelakuannya, manusia dan persepsi kehidupan, manusia dan mind

Ust Hasrizal Abd Jamil & Dr. Robiah K. Hamzah di Masjid Negeri Shah Alam, Ahad 17/05/09

Imej
WHAT/APA: Talkshow Nisa' Shah Alam, SETITIS AIR MATA IBU WHO/SIAPA: Panel - Ust Hasrizal Abd Jamil & Dr. Robiah K.Hamzah WHEN/BILA: Ahad, 17 Mei 2009 WHERE/DIMANA: Dewan Seminar, Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam Selangor. WHY/MENGAPA: Pengisian khusus membincangkan mengenai hari Ibu, peranan & tanggungjawab ibu & anak-anak, kemahiran keibubapaan dan persolaan berkaitan. HOW/BAGAIMANA: Disampaikan dalam bentuk forum bicara antara tokoh-tokoh yang pakar dalam bidang masing-masing. Anjuran NGO Nisa Shah Alam. Maklumat lanjut, hubungi: Afiqah: 013-528 0385, Syuhada: 019-991 2151, 03-5511 1302 Layari: Blog NISA' SHAH ALAM

Muhabasah

Imej
"Kadang-kadang Allah s.w.t patahkan hati kita untuk selamatkan jiwa kita...Dia patahkan hati kita untuk buatkan kita bersemangat...beri kita sakit supaya kita menjadi kuat(dengan kekuatan Dia)...Dia beri kita kegagalan untuk buat kita rendah diri...Dia hantar penyakit supaya kita belajar menghargai segala nikmat yang diberikan-Nya...hayatilah hikmah disebalik ujian & nikmat yang dipinjamkan"

100 Ribu Di Depan Istana Negara 7 Mac ini!

Imej
Saya mulakan entri kali ini dengan petikan komen yang saya baca dalam blog Penarik Beca Komen ringkas ini mampu buat orang yang menganggap gerakan 7 Mac ini tidak relevan. Pasti anda juga mampu tersenyum sinis selepas membaca komen di bawah... "hafissaiden Sunday, February 1, 2009 11:01:00 AM MYT salam pak bakaq, saya hanya nak beri sedikit komen,kalu pak bakaq tah setuju terpulanglah..walaupun saya tak berapa setuju sangat syeikh muzaffar pergi ke angkasa,tapi nak bagitau kat sini dia naik atas sana ada kene blaja bahasa inggeris ke?di kena blaja bahasa russia adalah.. lagi satu,pak bakaq puji erdogan sebab berjaya memaki hamun shmon peres,dia cakap bahasa inggeris ke?dia cakap bahasa turkey..jadi maknanya nak pandai tak semestinya perlu guna bahasa inggeris.." ..................................................................................... Mesyuarat sudah... Meja bulat sudah... Memorandum sudah... Ke Parlimen sudah... Tetapi, masih tiada tindakan yang diambil oleh ker

Talkshow AKU DIBIUS CINTA

Imej
What : Talkshow NISA Shah Alam When : 14 Februari 2009, 9.30pg-1.30tgh Where : Pentas Utama, PKNS Shah Alam Selangor Who : Panel - Ust Hasrizal Abdul Jamil (Motivational Trainer, Pengasas www.saifulislam.com) - Ust Mohd Uda Kasim (Pendakwah Bebas, Lembaga Zakat Selangor) Moderator: Memperkenalkan, Cik Fitri Nurul Ain Nordin (Graduan Al-Azhar Mesir, Bahasa Arab) Why : 1. Menuntut ilmu, menghilangkan kejahilan 2. Ketahui sejarah Valentine's Daya 3. Cinta Palestin 4. Bagaimana simptom2 manusia yang dibius cinta How : Datang beramai-ramai & sebarkan

We Will Not Go Down...GAZA TONIGHT!

WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza) Composed by Michael Heart) Copyright 2009 A blinding flash of white light Lit up the sky over Gaza tonight People running for cover Not knowing whether they’re dead or alive They came with their tanks and their planes With ravaging fiery flames And nothing remains Just a voice rising up in the smoky haze We will not go down In the night, without a fight You can burn up our mosques and our homes and our schools But our spirit will never die We will not go down In Gaza tonight Women and children alike Murdered and massacred night after night While the so-called leaders of countries afar Debated on who’s wrong or right But their powerless words were in vain And the bombs fell down like acid rain But through the tears and the blood and the pain You can still hear that voice through the smoky haze We will not go down In the night, without a fight You can burn up our mosques and our homes and our schools But our spirit will never die We will not go down In

Peduli Umat: MALAM AIR MATA PALESTIN...mlm ini! Sebarkan

Imej
What : MALAM AIR MATA PALESTINE When : Rabu 28/1/2009, 8.30mlm-11.00mlm Where : Dataran Shah Alam, Selangor Who :* Penceramah adalah wakil-wakil AMAL yang baru pulang dari Gaza, Palestin Why : عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِىَ الله عَنْهُ ، خَادِمِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَ نْ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: ((لاَ یُؤْمِنُ أَحَدُآُمْ حَتَّى یُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا یُحِبُّ لِنَفْسِهِ )) رواه البخاري ومسلم. Pengajaran hadis: 1. Kasih sayang dan persaudaraan adalah antara tuntutan iman. lman seseorang mukmin tidak akan sempurna sekiranya dia ada menyimpan perasaan benci terhadap mana-mana saudaranya yang seagama. Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim. 2. Kedudukan kasih sayang dan persaudaraan dalam lslam ama

Peluru-peluru ini membunuh mereka!!! Anda mampu mengubahnya...!

Imej