Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2010

Mesej dari DIA...

Imej
Saya sangat suka memikir dan menulis mengenai manusia. Ragam, peristiwa, kejadian-kejadian pelik dan menyentuh hati tentang manusia. Di dalam ilmu penulisan ia dikategorikan sebagai penulisan human interest. Mengapa? Sebab utamanya ialah saya juga seorang manusia. Manusia dengan manusia yang lain terlalu banyak persamaan. Bentuk tubuh badan, proses tumbesaran, kedudukan mata, hidung, organ-organ dalam badan dan macam-macam lagi kesempurnaan kejadian manusia dari Pencipta Yang Maha Bijaksana. Setiap yang Allah s.w.t ciptakan pasti ada manfaat dan pengajaran kepada manusia…manusia yang berfikir. Mencecah umur 30 tahun ini, saya memahami satu lagi perkara tentang kehidupan. Bukan sekadar memahami bahkan menambah lagi keimanan saya kepada-Nya. InsyaALLAH. Apa Dia? Setiap yang berlaku dalam hidup kita, susah atau senang semuanya adalah cara Allah s.w.t menghantar mesej kepada kita. Allah s.w.t sedang berkomunikasi dengan kita. Beruntunglah orang yang sedar dan peka dengan perkara ini. Keran

Berdoalah, akan AKU Perkenankan

Imej
Renungan. "Berdoalah, akan AKU perkenankan". Entri ini masih relevan dengan suasana sekarang. Cuaca panas dimana-mana. Tapi mesej yang lagi penting ialah doa sememanganya senjata orang mukmin. Hujan turun sebaik Nik Aziz ketuai solat sunat Istisqa Oleh Mohd Zuharman (The Malaysian Insider) KOTA BARU, 12 Mac – Solat sunat Istisqa’ yang diadakan memohon hujan pagi ini bukan sahaja menakjubkan 2,000 jemaah yang hadir bahkan rakyat negeri ini apabila kerahmatannya langsung terbukti sebaik sahaja solat dimulakan, Hujan pun mula turun ketika bacaan surah al-Fatihah. Solat yang dimulakan pada pukul 8.30 pagi ini itu diimamkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ia diadakan di Padang Perdana bersebelahan jalan berhadapan dengan Stadium Sultan Mohamad IV, dekat sini. Hadir sama seluruh kepimpinan kerajaan negeri termasuk exco, Adun dan Ahli Parlimen dari parti Pakatan Rakyat. Nik Aziz yang ditemui selepas solat sunat tersebut melahirkan rasa syukur tidak terhingganya