'Intelligent' dan Lembu!


Fenomena PRU12 2008 yang lepas membawa pelbagai impak kepada segenap kehidupan rakyat Malaysia. Wakil-wakil rakyat dan pemimpin negara, masing-masing dikejutkan dengan keputusan pilihanraya yang berpihak kepada Barisan Rakyat dan rakyat pula selaku kuasa 'pemutus' juga agak terkejut dengan kemampuan mereka mewujudkan 'tsunami politik' di Malaysia. Pada perkiraan saya, kedua-dua golongan ini masih merasai gelombang tersebut hinggalah saat ini. Saya akui, saya masih lagi 'demam' dengan fenomena ini. Tahniah rakyat Malaysia, anda mampu mengubahnya!

Dan pastinya, antara elemen penting kepada berlakunya gelombang ini adalah perang saraf yang dilakukan oleh media. Untuk catatan kali ini, saya ingin berkongsi satu perkara penting yang tidak ramai antara kita; pembaca suratkhabar, penonton tv, pendengar radio dan pengguna kepada media massa ketahui iaitu apa sahaja penulisan berita, rencana dan bahan-bahan penulisan lain sebelum diterbitkan telah ditapis dahulu mengikut 'selera' dan 'kecenderungan' 'pemilik' kepada media tersebut.

Siapakah yang memegang saham di Utusan Malaysia?
Siapakah disebalik syarikat yang menerbitkan akhbar Berita Harian?
Siapa pula konglomerat di sebalik penggabungan Media Prima sebagai satu entiti?

Lihat pendirian mereka di dalam politik, lihat perjuangan mereka dalam ekonomi dan lihat pula adakah entiti lain wujud disebalik kewujudan mereka.

Sebagai rakyat kita perlu tahu perkara-perkara asas ini agar kita mudah menganalisa dan mengadili sesebuah laporan berita dan maklumat yang disampaikan kepada kita. Maka jadilah kita rakyat Malaysia yang 'intelligent' dan bukan seperti lembu dicucuk hidung yang menerima apa sahaja arahan dari tuannya....tapi pada saya lembu tu pun tak suka dibuat sedemikian rupa!






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jadikan Impian Satu Kenyataan, Mulakan Hanya Dengan Sehelai Kertas!

...Mulakan hari dengan kata-kata positif...!!!

Movies & Song Critics: 1 LITRE OF TEARS, Kisah Penuh Hikmah & Pengajaran