Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2009

Movies & Song Critics: 1 LITRE OF TEARS, Kisah Penuh Hikmah & Pengajaran

Imej
Assalammualaikum dan salam pertemuan ... Entri kali ini agak ringan dan bersahaja namun mesej disebalik apa yang cuba dipaparkan bagi saya amat bermakna. Mengajar kita merenung kehidupan dan mensyukuri segala nikmat yang Allah s.w.t kurniakan hatta sehela nafas yang disedut dan dilepaskan... Mungkin ini entri pertama untuk ruangan Movies Songs Critics yang saya cuba aplikasikan daripada aktiviti yang diperkenalkan oleh Nisa. Siri TV: One Litre of Tears ini saya pilih untuk dianalisis dan dikritik bersama supaya aktiviti menonton boleh dijadikan satu program pengisian bermanfaat. Untuk diri kita dan orang lain. Tidak salah menonton sesuatu siri tv/drama/filem jika matlamat dan tujuan menonton itu ditetapkan dengan jelas di dalam minda kita. Apa yang memudaratkan ialah apabila minda kita tidak dipandu dan tidak diarahkan untuk menapis baik dan buruk mesej dari cerita yang kita tonton. Baiklah, kita teruskan dengan entri kali ini. Siri TV dari negara matahari terbit;Jepun ini cukup menye