Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2010

"Ukhuwah Ini Ya Allah"

Imej
Salam kerinduan buat semua yang hatinya rindu kepada Allah s.w.t. Semoga atas dasar rindu dan cinta kepada Allah itu lah sesuatu hubungan samada kekeluargaan, persahabatan, perkahwinan, pekerjaan hatta dengan makhluk berupa haiwan dan tumbuh-tumbuhan membawa kita kepada ketenangan hati di dunia dan diakhirat. * Adakah hati kita secantik 'hati' ini? Baiklah, nampaknya entri kali ini agak sentimental sedikit. Ada peristiwa yang saya ingin kongsikan dengan semua mengenai ukhuwah dan persahabatan kami di Nisa Shah Alam. Malam tadi, kira-kira tiga bulan selepas kami tidak mengadakan apa-apa program besar Allah s.w.t dan Nisa menemukan kami semula sebagai satu pasukan merancang dan bakal menjayakan satu lagi talkshow di Shah Alam. InsyaAllah dalam bulan Mac atau April. Tajuk menarik: Teman Tapi Mesra . Talkshow kali ini bakal mengupas persoalan kekasih gelap di tempat kerja atau mudah ceritanya suami orang bercinta dengan isteri orang dan sebaliknya. Isu ini antara isu yang agak han