...Mulakan hari dengan kata-kata positif...!!!

Assalammualaikum dan salam motivasi...

Kali ini saya ingin berkongsi dengan semua mengenai ilmu kesihatan natural....

Saya percaya ramai diantara kita pernah membaca mengenai Ekperimen Saintis Jepun, Masaro Emoto mengenai kesan kata-kata positif & negatif keatas air. Maklumat lanjut klik "WaterSong"
atau "EmotoProject" atau Shafril.com.

Apa hubungan kata-kata tu dengan tubuh manusia?

Principles of Science for Nurses menyatakan 60% badan manusia terdiri daripada air dan percayalah disebabkan fakta itu kita digalakkan minum 8 gelas air kosong/mineral/putih sehari, mandi 2 atau 3 kali sehari dan macam-macam lagi manfaat air kepada badan.

Kaitan diantara fakta kajian Masaro Emoto dan Principles of Science for Nurses ini adalah apabila kita banyak menuturkan kata-kata posotif pada diri kita dan orang-orang disekeliling kita...maka molekul 60% air yang ada di dalam badan kita akan bertukar mengikut getaran kata-kata positif tersebut. Sebab itulah bila kita hadiri program-program motivasi, insyaAllah memang ada satu 'feel' yang berbeza...rasa semua perkara boleh dibuat...rasa macam dah jadi individu yang 'baru'!

TAPI kalau kita banyak ucapkan perkataan-perkataan yang negatif, kutuk sana kutuk sini, umpat sana umpat sini, putus asa, kecewa...itu yang hidup macam tak tenang, stress, letih dan semua penyakit kebiasaan kita jumpa.

Sifat-sifat air: (Dr. Hjh Fatimah Ahmad-019-3132377, Pusat Kesihatan Natural Terapi, Shah Alam)
1. Merakam
2. Mengingat
3. Memindahkan

Disebabkan sifat-sifat air ini lah selalunya ibu-ibu akan isi air dalam bekas, duduk keliling air dan bacakan surah yassin pada air itu. Disebabkan ini juga mandi bunga dikatakan dapat menaikkan seri...Tapi kebanyakan daripada kita tidak menyedari hakikat mengapa tradisi ini diamalkan.

Diharapkan dengan perkongsian ini dapat memberi kita satu persepsi baru mengenai air, tubuh manusia, kata-kata positif, air yassin, mandi bunga dan kebesaran Allah s.w.t.

Orang yang mengingati Allah ketika berdiri dan duduk ketika berbaring dan mereka memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (mereka mengatakan): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, peliharalah kami daripada seksa neraka." (Ali-Imran: 191)


P/S: Hayati video ini, motivasi seorang guru sekolah tinggi,Yankumi dari filem Jepun Gokusen memotivasikan diri setiap kali sebelum masuk ke dalam kelasnya. Dia akan ucapkan pada dirinya Fight-o Ohh!


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jadikan Impian Satu Kenyataan, Mulakan Hanya Dengan Sehelai Kertas!

Movies & Song Critics: 1 LITRE OF TEARS, Kisah Penuh Hikmah & Pengajaran