Bengkel Penulis Upahan (Ghostwriter)



Siapa sangka jadi Penulis Upahan senyap-senyap boleh buat duit RM10 ribu untuk sebuah buku!

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera. Saya Puan Diana,
penulis bebas yang buat kerja dari rumah. 

Awal Mac lalu, saya berbual-bual dengan sahabat saya seorang Ghostwriter atau saya namakan sahaja panggilannya Penulis Upahan. 

Pada usia 36 tahun dia mengaku agak lambat bermula sebagai penulis upahan. Ialah sudah bertahun kerja pagi balik petang pendapatan bulanan paling tinggi mencecah RM2000 sebulan. 

Alhamdulillah dapat juga tampung perbelanjaan suami. 

"Dia perempuan?"

 Ya. Ibu kepada 3 orang anak ini memulakan kerjaya separuh masa sebagai penulis upahan sejak tahun 2015.

Wah! Saya juga perempuan. Berimpian bekerja di rumah dan menjana pendapatan. Paling best bila saya tengok dia graduan Kejuruteraan tapi boleh pula berjaya dalam bidang penulisan.

Jadi lebih lagilah saya. Saya graduan Kewartawanan di UiTM dulu. Lebih RM20 ribu perbelanjaan pengajian saya habiskan untuk belajar menulis dan mendalami dunia media. Saya pun boleh jadi macam dia!


Dia buka rahsia besar!

Dia pernah menjana pendapatan sebanyak RM42 ribu dengan hanya menyiapkan 5 buah buku sebagai penulis upahan. Kalau dicongak-congak jumlah projek sebegitu dibahagi 12 bulan,pendapatannya RM3750 sebulan! Melebihi gajinya sebelum ini.

Tak berkelip mata saya dengar dia bercerita! 

Katanya itu yang dia dapat jana walau baru bermula. Ada otai atau orang lama Penulis Upahan sepenuh masa menjana pendapatan sehingga RM150 ribu dalam tempoh 7 bulan sahaja! 

"Boleh ya, menjana pendapatan hanya dengan menjual perkataan? Hanya dengan menjadi Penulis Upahan?"

Ya ini kisah benar...

Oh lupa, ada yang belum tahu apa maksud Penulis Upahan ni.


Apa maksud Ghostwriter atau 
Penulis Upahan?


+ Ghostwriter atau penulis hantu atau penulis upahan adalah seorang penulis yang diupah menulis bagi pihak orang lain.

+ Orang lain itu boleh jadi sesiapa sahaja. Menteri, bisnesman, guru, tokoh politik hatta orang biasa tetapi mereka memerlukan khidmat kita sebagai penulis.

+ Mereka memberi kita upah untuk menulis mengenai diri atau kehidupan mereka.

"Oh macam tu maksud Penulis Upahan." 




Apa syarat nak jadi penulis upahan ni ya?

1. Minat atau passion dalam penulisan 
2. Disiplin untuk mengikut dateline
3. Mempunyai laptop 
4. Minat membaca

"Itu sahaja?" 

Ya selebihnya follow perancangan yang dibuat dan ada tim yang saling menyokong!

Wah! Kerja yang menarik tu. Bekerja sendiri. Jadi bos dan pekerja sendiri. Jadual waktu kerja ditentukan sendiri. Boleh luangkan lebih masa dengan pasangan dan anak-anak. Paling best boleh buat kerja dari rumah. Jimat duit minyak dan tol.

Saya tepuk bahu kawan saya tu. Cukup! cukup!. Kita kena sebarkan dan pecahkan rahsia buat duit dengan menjadi Penulis Upahan ni. Mana boleh simpan sendiri. Ramai orang diluar sana tercari-cari kerja mudah dan tidak stress dengan rutin harian keluar pagi balik petang dan ada masa kerja lebih masa sampai malam.

Jadi kami pun berbincang dan teruja sangat nak kongsikan semua ini dalam satu Kem Menjadi Penulis Upahan 2017. Saya kata buat cepat.




Bengkel Penulis Upahan Siri 2
**********************

Sabtu Ahad, 29 - 30 Julai 2017
10.00 pagi - 5.00 ptg
Shah Alam Selangor
Yuran : RM350



Siapa agaknya wanita misteri Penulis Upahan yang nak kongsikan rahsia tu ya?



Jurulatih  : Puan Tengku Nurhusni Ab Razak
Pengalaman :

             ++ Berpengalaman pitching sebagai Penulis Upahan kepada 3 tokoh dan berjaya menulis untuk 5 orang tokoh pelbagai bidang.

              ++ Buku-buku yang ditulis :-
               + Buku 1 - Agar Hati Tidak Mati (Penerbit : Must Read Sdn Bhd)

               + Buku 2 - Tuhan Izinkan Aku Merintih (Penerbit : Must Read Sdn Bhd)

                + Buku 3 - 7 Keajaiban Surah Al Baqarah (Penerbit : PTS Media)

                 + Buku 4 - Mengurus Kelas Al Quran Penerbit : Pandai Publication)

                 + Buku 5 - Mengurus Keluarga Gaya Nabi (Terbit Sendiri)

                 + Ebook & Buku 6 - Mulakan Bisnes Sendiri (Terbit Sendiri)

               ++ Berpengalaman menulis pelbagai kertas kerja, transkrip dan artikel di belakang tabir.
          
             5. Berguru dengan Puan Ainon Mohd, Tuan Zamri Mohamad dan Tuan Fauzul Naim.



Puan Tengku Nurhusni bersama Pn.Ainon Mohd (Pengasas Ainon Business School) dan pemilik syarikat penerbitan PTS Media




Puan Tengku Nurhusni & Pn. Ainon Mohd bersama buku tulisan 
Siri Keajaiban Al Quran - Surah Al Baqarah




Puan Tengku Nurhusni bersama penulis novel terkenal Ain Maisarah dan Tuan Syaizul Amal pemilik syarikat Blink Book



Puan Tengku Nurhusni bersama pembaca yang memiliki buku tulisan beliau




Menyantuni pembaca di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur




Sebagai seorang penulis terbit sendiri, Puan Tengku Nurhusni banyak menggunakan pendekatan turun padang memperkenalkan buku tulisan beliau


Buku Siri Keajaiban Al Quran antara buku yang pernah diterbitkan oleh PTS Media 

Tuhan Izinkan Aku Merintih antara buah tangan beliau terbitan Must Read Sdn Bhd



 
Agar Hati Tidak Mati terbitan Must Read Sdn Bhd





Mengurus Kelas Al Quran terbitan Pandai Publication




Salah satu buku terbit sendiri - Mengurus Keluarga Gaya Nabi 


Mulakan Bisnes Hari Ini juga salah satu buku terbit sendiri 








Ingin jadi seperti Puan Tengku Nurhusni?

Bayangkan satu hari nanti nama anda pula tertulis pada muka depan buku-buku hebat tulisan anda!

Atau anda menjadi penulis upahan kepada tokoh tertentu.

Jadi kami memang nak kongsikan rahsia-rahsia yang penulis ini lakukan. Langkah demi langkah.



Apa rahsia yang akan anda belajar dalam kem ini?
*****************************************

1. Rahsia buat duit dengan bisnes perkataan yang tidak pernah dikongsikan.

2. Rahsia menjadi Penulis Upahan yang dipercayai?

3. Semua orang boleh menulis dengan teknik mudah KJ Method!

4. Rahsia menyediakan proposal buku yang diterima pelanggan.

5. Rahsia menyediakan perjanjian penulisan yang disenangi oleh penulis dan pelanggan?

6. Bagaiman mahu pitching dengan pelanggan?

7. Belajar skrip menawan hati pelanggan

8. Langkah mudah daftar ISBN, Data Penkatalogan di Perpustkaan Negara

9. Bagaimana menentukan bayaran upah kepada Penulis Upahan

10. Rahsia dunia penulisan salah satu produk digital




Yuran RM350 sangat murah!
******************************

Saya dah mula survey kawan-kawan dan tawarkan kem sebegini. Mereka kata murahnya yuran. Tak rugi ke? Kami niat nak berkongsi ilmu dan pengalaman kepada seramai yang boleh.

Bila tengok yuran kem ini, RM350 untuk 2 hari dengan perkongsian yang lain dari yang lain, berbaloilah perlaburan awal sebegini. Kalau kursus penulisan asas caj sehari RM250! Ini 2 hari RM350 sahaja.

Bagi yang baru bermula nak jadi Penulis Upahan inilah masanya.

"Saya tidak pandai menulislah tuan!"

Ini pengakuan cliche kebanyakan daripada mereka yang minat menulis tetapi takut untuk menulis.

Biar saya kongsikan. Antara kelebihan Penulis Upahan mereka mempunyai ruang yang luas menawarkan khidmat sebagai penulis kepada pelanggan.


10 Jenis kerja-kerja yang boleh dibuat oleh Penulis Upahan

1. Menukar audio kepada teks.

2. Mengambil idea daripada 10 buah buku untuk dijadikan sebuah buku.

3. 100% kajian dari penulis dan penulis menghasilkan buku sendiri.

4. Menterjemah buku.

5. Buku projek contohnya ensiklopedia dan buku tebal.

6. Menulis buku biografi tokoh pelbagai bidang

7. Menulis buku-buku agensi kerajaan.

8. Menulis SOP syarikat

9. Menyediakan proposal sesebuah syarikat

10. Menyediakan ebook, artikel, rencana, status FB, kenyataan akhbar bagi pihak pelanggan.


"Wah! Luas sungguh skop kerja Penulis Upahan ni kan?"

Saya rasa pasti ada yang fikir, kalau kerja-kerja macam ni pun aku pernah buat. Buat proposal dan SOP untuk syarikat sedang bekerja sekarang contohnya.

Jadi lepaslah syarat nak jadi Penulis Upahan tu.

Yuran RM350 sahaja untuk bengkel 2 hari
Penyertaan untuk 20 orang sahaja 


Kalau belum cukup lagi rasa teruja nak hadir kem ini?

Saya senaraikan keistimewaan lain :

1. Anda dapat ilmu baru dan berpeluang menjadi salah seorang ahli Tim Penulis Upahan kami.
2. Projek buku sudah menanti anda!
3. Belajar sekali, buat duit berkali-kali! Anda tentukan berapa pendapatan yang anda inginkan.
4. Topik buku yang sedia ada untuk ditulis bersama tim kami - Al Quran, Bisnes, Parenting, Politik , Biografi, Projek agensi kerajaan.
5. Dapat buku dan ebook tulisan Puan Tengku Husni
6. Sijil penyertaan

Jujur saya akui, awal-awal graduasi dahulu susah nak dapat peluang job penulisan sebegini.

"Panjangnya penerangan puan, jenuh saya nak habiskan..."

Oh memanglah itu latihan awal sebagai penulis. Perlu banyak membaca baru boleh berjaya!

Sebagai penganjur, sekali lagi saya minta jurulatih berikan jaminan apa yang peserta dapat bila hadir ke kem ini.

Katanya, "Saya tak pandai nak teori-teori. Saya nak ajar practise terus paling penting, selepas kem ini peserta boleh dua perkara" :-

1. Siapkan propoal buku & menghasilkan sebuah buku. Peserta boleh membina nama dan royalti.

2. Belajar pitching dan close deal dengan tokoh . Peluang mendapat bayaran anggaran menulis sebuah buku siap dalam tempoh dua bulan. Bayaran RM7 ribu sehingga RM15 ribu!

"Baiklah puan saya dah faham. Saya dah nekad nak hadir Kem Penulis Upahan 2017 ini. Apa yang saya perlu buat?"

Alhamdulillah. Tahniah atas pilihan yang anda buat,  Anda pilih untuk berjaya sebagai Penulis Upahan !


Daftar di sini :


Yuran RM350 

Penyertaan untuk
20 orang sahaja 

Untuk book seat, sila buat bayaran yuran ke akaun 
MAYBANK : Sentral Al Furqan Solution (562106655723)

Whatsapp bukti bayaran kepada Pn.Diana 016-2028944 .


Baiklah kita jumpa dalam bengkel nanti ya! InsyaAllah.




Diana Bachok
Penganjur
Bengkel Penulis Upahan 2017
SAF Media 




Comments


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jadikan Impian Satu Kenyataan, Mulakan Hanya Dengan Sehelai Kertas!

...Mulakan hari dengan kata-kata positif...!!!

Movies & Song Critics: 1 LITRE OF TEARS, Kisah Penuh Hikmah & Pengajaran