Aura Tuan Guru 1

Program: Majlis Makan Malam Bersama Tok Guru

Tarikh: 3 November 2008

Masa: 8.00mlm-12.00mlm

Tempat: Penthouse Suite 4, Cattelya Grand Ballroom, Wisma PKPS, Shah Alam Selangor

Anjuran: Dewan Muslimat PAS Kawasan Shah Alam

Kehadiran: Lebih 800 orang tetamu

VVIP:

YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz b. Nikmat (Muryidul Am PAS, Menteri Besar Kelantan)
YB Datuk Haji Kamaruddin Jaafar (Setiausaha Agung PAS Pusat, Ahli Parlimen Tumpat)
YB Khalid Samad (Timb. Pesuruhjaya II PAS Selangor, Ahli Parlimen Shah Alam)
YB Dr. Siti Mariah Mahmod (Ahli Parlimen Kota Raja)
YB Hj. Yaakop Sapari (ADUN Kota Anggerik)

Persembahan:

Saudara Azhan Atan (Juara Akademi Nasyid TV9)
Ahmad Hibatullah Zawawi (Bakat baru)




...Tuan Guru...


"...Wahai manusia, tanpa mengira bahasa, bangsa dan budaya...dengar tuhan cakap, kata Allah "Kami membuat kamu semua baik lelaki baik perempuan dan kami jadikan kamu bermacam-macam puak, bangsa dan keturunan tujuannya untuk kamu kenal mengenali dan sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu ialah yang paling bertaqwa antara kamu..."



"...Kelab Penyokong PAS terdiri daripada orang yang bukan Islam, keturunan Cina, keturunan India...saya sendiri tak terfikir bahawa orang India, orang Cina sokong sebuah kelab bagi penyokong PAS...kerana zaman dulu orang Melayu masuk PAS pun payah (ketika ini hadirin ketawa) ...takutlah...takut kena tukar kerja...takut tak boleh subsidi...takut tak boleh baja padi...takut tak boleh itu ini..."


"...jadi Alhamdulillah...manusia tidak dibeli dengan duit saja...duit kita perlu untuk dunia...duit ni, kita masuk kubur..duit tinggal sebatang kara atas darat...yang kita bawa ke sana ialah pahala...siapa yang buat pahala atas dunia itulah duit dia, itulah aset dalam kubur...orang kaya duit banyak, bila masuk kubur takde pahala...dia kebuluran...orang miskin duit sikit tapi pahala banyak dia masuk dalam kubur dia boleh hidup senang lenang...



...kerana selalu saya pesan, kita di Malaysia ni kita guna duit RM, bila kita pergi Singapore RM tak laku, kena tukar dengan duit Singapore...tapi bila orang Singapore mari ke Malaysia tak laku duit Singapore kena tukar duit Malaysia...tapi orang Malaysia, orang Singapore bila pergi ke Mekah misalnya tak laku semua...tak laku, duit Amerika tak laku juga di Mekah...kena tukar dengan duit Saudi..kerana kelainan kerajaan...

...tiap-tiap kerajaan, ada rakyatnya, ada currencynya, ada duitnya...dunia ni, Allah taala bagi peluang manusia untuk memerintah, maka masing-masing buat duit...tapi bila manusia masuk dalam kubur, kubur ni takde kerajaan Malaysia , takde kerajaan Kelantan, takde kerajaan Amerika...yang ada kerajaan Allah...tika tu, nak makan, nak minum dalam kubur tak boleh guna duit RM, Dolar...emas jongkong pun tak boleh...yang boleh guna ialah pahala...




...penyampaian replika kad keahlian ahli Kelab Penyokong PAS daripada PAS Kawasan Shah Alam kepada ahli kelab yang hadir...

...Tuan Guru tersenyum mendengar celoteh MC, Ustaz Najmin (Ust yang pandai menyanyi...setanding ust.Aqil tu..)


...selepas majlis penyampaian replika, Tuan Guru dan VIP di meja makan...


Petugas-petugas muslimat di bahagian pendaftaran


Kelab Penyokong PAS (India)


Kelab Penyokong PAS (Cina)


...turut hadir, Saudara Azmil Mustafa...dulu Ali Setan...


...Nantikan sedutan ucapan Tuan Guru di makan malam ini pada entri akan datang...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jadikan Impian Satu Kenyataan, Mulakan Hanya Dengan Sehelai Kertas!

...Mulakan hari dengan kata-kata positif...!!!

Movies & Song Critics: 1 LITRE OF TEARS, Kisah Penuh Hikmah & Pengajaran