Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2008

Media memanipulasi & dimanipulasi!!!

Saya suka memetik artikel berikut untuk analisis kita bersama, sejauhmana media mampu memanipulasi dan dimanipulasi! Ihsan: Harakahdaily.net http://harakahdaily.net/ Utusan dan TV3: Ke manakah pergi perkataan "kononnya", "pengikut", "mendakwa" dan lainnya Shirzad Lifeboat Tue Mar 11, 08 11:28:24 PM Hilang sudah wajah yang sentiasa cuba memaparkan "sayalah tokoh paling bijak pernah dilantik selaku PM Malaysia" di wajah Abdullah sebaik sahaja semua petunjuk dan keputusan awal PR-12 menunjukkan BN tidak mungkin mencapai majoriti dua pertiga dalam Parlimen dan hilang beberapa kerajaan negeri serta gagal menawan Kelantan. Turut hilang bersama pada malam itu dan pada hari-hari berikutnya perkataan popular media kerajaan seperti "kononnya", "mendakwa", "pengikut parti pembangkang' (seolah-olah parti pembangkang yang didaftarkan secara sah diibaratkan seperti pertubuhan haram) yang sering digunakan bagi menghina parti pemban