Catatan

Tunjukkan catatan dari 2007

Senyum lah wahai insan... (",)

Imej
Salam sejahtera semua... (",) Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi singgah di blog ni. Teruskan melayari laman ini & semoga apa yang dipaparkan serba sedikit mampu membuat kita tersenyum... tidak kiralah ye, senyum manis ke, senyum sinis ke, senyum kambing ke...yang pasti SENYUM...Senyum itu kan sedekah! (",) (ok K.Ina. terima kasih atas teguran. InsyaAllah selepas ini saya cuba gunakan tatacara penulisan yang sebetulnya.)

Hati Seorang Manusia 1

Imej
Catatan pada 4 Januari 2007, 9.30 mlm HATI SEORANG MANUSIA 1 Apa yang aku rasa sekarang? Adakah perasaan ini, perasaan biasa seorang manusia? Yang mendambakan kasih sayang manusia... kononya untuk menggapai cinta Mu Ya Rabbi... Aku mudah goyah...aku sedar diriku sekarang... Apa yang aku rasa... Tidak mampu untuk berbuat apap2... Rasa tidak berguna...rasa hina...rasa lemah...terumbang-ambing... Rasa macam nak gila..... Hinggakan ingin sahaja aku hidup dengan duniaku sendiri... Hidup dengan watak-watak manusia yang aku gambarkan sendiri... Hidup dengan suasana yang aku sahaja tahu indah atau gelita ... ... hidup seperti mana yang aku mahu... Aku tidak menyusahkan orang...orang tak menyusahkan aku... Manusia masing-masing sibuk dengan diri mereka sendiri... Tidak ambil tahu hal-hal orang disekeling, nafsi-nafsi Tiada rasa iri hati..tiada rasa geram, marah dan benci... Kerana mereka ada dunia khayalan sendiri... Entahlah... aku sendi

KUNING...bukan sebarang KUNING!

Imej
bersambung...... Aku datang dengan KUNING 2 Walaupun kami berada di barisan belakang, bau pancutan water cannon dan tembakan gas pemedih mata serba sedikit menyukarkan kami untuk bernafas. Tapi, apa yang lebih menyedihkan kami ialah melihat sahabat-sahabat pemuda yang kesakitan menahan pedihnya terkena 'senjata lembut' FRU sebelum itu.... Akhirnya selepas beberapa lama, kami dibenarkan keluar...tetapi bukan dengan identiti kuning...& kami tidak berjalan secara segerombolan...hanya berjalan kaki melalui koridor2 bangunan kedai / pejabat hinggalah ke Istana Negara. Walaupun kami terlewat, kepuasan untuk bersama-sama meramaikan perhimpunan itu menjadi kenangan manis buat kami... Untuk mendapat gambaran lanjut mengenai pergerakan dari masjid jamek, tatapilah catatan wartawan harakah yang bersama-sama kami di sana. Dipetik dari http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/utama/catatan-saksi-mata-dari-perlis-ke-dataran-merdeka.html Ketika saf hadapan sudah berada di Jalan Tun Per

Aku Datang Dengan KUNING...bukan budaya kuning!

Imej
http://bm.bersih.org/ Tarikh keramat 10 Nov 2007. Malam sebelum perhimpunan itu hatiku agak gementar, maklumlah media mewar-warkan bahawa sesiapa sahaja yang terlibat; menyaksikan, berada di sekeliling tapak perhimpunan, etc akan ditangkap dan dikenakan tindakan undang-undang oleh Kerajaan DEMOKRASI Malaysia. Namun, kutetapkan jua niat untuk bersama-sama yang lain, sahabat-sahabatku yang lain pun begitu juga...nampak tenang...mungkin di dalam hati mereka berdebar-debar...dapat membayangkan apa yang akan menanti kami esok. Malam itu kami sempat membuat beberapa persediaan, maklumlah ibarat pergi ke medan perang...perlu ada bekalan; makanan, ubat-ubatan dan yang paling utama yang perlu di bawa ialah senjata DOA tidak kami lupakan. Esoknya kami berkumpul di satu tempat dan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Ditakdirkan hari itu aku berada di Masjid Jamek, salah satu tempat berkumpul kumpulan BERSIH dan paling mencabar tempat kami berhampiran Dataran Merdeka. Sebelum sampai ke Masj