Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2009

"I Beat Cancer"...Akhirnya Ika bertemu Allah pada tengahari Jumaat 14/11/09

Imej
Sudah lima hari Ika meninggalkan saya dah sahabat-sahabiah yang pernah hidup bersamanya. Bersama dalam kehidupan perjuangan sejak di kampus sehinggalah bergelar graduan. Untuk entri kali ini, saya catatkan sekalung doa dan penghargaan kepada arwah yang pernah hadir dalam hidup saya sebagai seorang sahabat. Arwah Yang Saya Kenali Allahyarhamah Nurul Zalika Md Zan yang saya kenali seorang teman yang mudah didekati. Peramah orangnya, bijak berkata-kata dan berhujah dalam mengeluarkan pandangannya. Mungkin disebabkan minat dan kecenderungan kami sama iaitu politik dan siasah buat kami sekepala. Dia tidak terlalu syadid tetapi seorang yang berfikiran luas dan terbuka. Mudah bermuzakarah. Orangnya lembut, agak manja dan sopan. Mungkin disebabkan saya kakak dan budaya orang Johor memang begitu. Walaupun saya dan arwah berlainan institut pengajian (Arwah di UM, saya di UiTM) tetapi gerakerja dakwah menyatukan kami di dalam satu wadah. Di situ ukhuwah disemai dan gerakerja islam disusun bersama

PRU13, Selangor dan Nasihat Ust Tuan Ibrahim Tuan Man

Imej
Assalammualaikum dan Salam muzakarah... Alhamdulillah, melalui beberapa muzakarah dan usrah yang saya ikuti saya berhajat berkongsi input dan pandangan bersama-sama sahabat-sahabat dimedia baru ini. Sedikit analisis daripada apa yang berlaku di Selangor dan di era pengisian kemenangan Pakatan Rakyat di Malaysia menunjukkan beberapa trend gerakerja siasah dan politik khususnya diperingkat UMNO/BN ke arah merampas kembali kerajaan-kerajaan yang diterajui oleh Pakatan Rakyat. Cuba kita fikirkan dan renungkan beberapa fakta di bawah: 1. Jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor adalah Presiden UMNO/BN merangkap Perdana Menteri Malaysia sendiri, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak. 2. Selangor: Antara negeri-negeri di Malaysia yang mempunyai sumber hasil terkaya di Malaysia. Jatuhnya Selangor kepada UMNO/BN membawa perubahan sangat besar kepada UMNO/BN kerana melalui Selangor satu jumlah dana akan diperolehi sekelip mata. Sangat diperlukan untuk perbelanjaan gerak kerja PRU 13 nanti. Be