Doakan Dia Diberi Kekuatan...

Assalammualaikum dan Salam muhasabah....

Entri kali ini ada beberapa perkara gembira dan duka yang ingin saya kongsikan dengan teman-teman sekalian...Cuti hujung minggu lepas saya diisi dengan jemputan menghadiri majlis perkahwinan sahabat saya semasa di kampus dan ziarah sahabat di hospital...


Kepada sahabat2 yang pernah menyertai program OPKIM Khidmat Mesra Insan (KAMI05) di Kg. Tengkawang, Kuala Berang di Kuala Terengganu mungkin kenal Ina. Ina ialah salah seorang peserta OPKIM...waktu itu umur dia baru 19 tahun, sekarang 22 tahun..mendahului kami berumahtangga....doakan mereka bahagia hingga ke Syurga, Ameen....



* Ima, Lin, Ina & Shaharom (waktu ni dah petang, kami sampai lewat...pengantin dah tukar baju...tapi yang bestnye, pengantin yang hidangkan kami makanan...terima kasih kepada Ina & Shaharom dan ibu bapa Ina yang menerima kehadiran kami di saat-saat akhir majlis....) Azmi dan Tengku Haphiz...dan saya (ambil gambar).


Mempelai selepas majlis pernikahan. (Ihsan gambar, blog Shaharom)



Selesai menghadiri majlis perkahwinan Ina, kami bergegas ke Hospital Pusrawi berhadapan IJN...tujuannya menziarahi sahabat lama, adik Abd Rahman...alumni AGI semasa di UiTM yang cedera parah akibat kemalangan jalan raya. Menurut cerita ibunya, Rahman dalam perjalanan pulang dari tempat kerja...kereta Myvi yang dipandunya terbabas kerana mengelak lubang lalu melanggar pokok sebelum terbalik dua kali... Bayangkan kecederaan yang dialaminya...


Kecederaan dalaman melibatkan saraf tunjang menyebabkan adik Rahman tidak mampu menggerakkan anggota badannya dari kaki hingga ke leher. Keadaannya agak stabil, masih boleh bercakap..cuma mengalami sedikit gangguan pernafasan kerana komplikasi paru-paru...semasa kemalangan, dadanya terhentak ke stereng...beg udara pula gagal berfungsi dengan baik...



* Tengku Haphiz & Azmi, antara sahabat-sahabat yang hadir.



* hanya kata-kata semangat yang mampu diberikan, semoga Rahman diberi kekuatan..


Kepada sahabat-sahabat yang mengenali Rahman, dialu-alukan ke Pusrawi KL berhadapan IJN untuk menziarahi Rahman...Tingkat 5 bilik nombor 16.


Antara kata-kata Rahman yang buat saya tersentuh:

"Kak, tension jugak...sebab tak boleh bergerak, kadang-kadang tu bangun pagi sampai menjerit-jerit nak lepaskan tension...ni baru sebulan duduk hospital..ada lagi 2 atau 3 bulan...tak tahu macam mane..."

"Allah s.w.t nak bagi awak kerehatan tu...be tough k"... Jawab saya

* Dahulunya Rahman seorang anak muda yang tidak boleh duduk diam, di kampus aktif dengan persatuan pelajar...antara adik-adik yang banyak membantu khususnya di Fakulti Sains Komputer....mungkin itu yang buat saya tersentuh, terkenangkan dia yang dahulu!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jadikan Impian Satu Kenyataan, Mulakan Hanya Dengan Sehelai Kertas!

...Mulakan hari dengan kata-kata positif...!!!

Movies & Song Critics: 1 LITRE OF TEARS, Kisah Penuh Hikmah & Pengajaran