Kasihan Datuk A.Samad Said !

Assalammualaikum...

(Dah lama tak update blog...Alhamdulillah, hari ni Allah s.w.t bukakan ruang untuk menulis dan ada satu perkara menarik yang ingin saya kongsikan hari ini)

Sedang asyik meninjau-ninjau berita dan rencana di Utusan Malaysia Online tiba-tiba mata dan minda saya tersentuh dengan berita di ruangan SASTERA akhbar tersebut. (Rujuk Artikel : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0124&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sastera&pg=sa_03.htm

Dewasa ini, karya Sastera dilihat menjadi sangat asing dengan kehidupan kita (tinjauan rambang saya terhadap sahabat-sahabat dan kenalan di sekeliling saya).

Tidak ramai yang suka membaca dan pastinya kalau membaca pun mungkin bukanlah bacaan yang berat seperti rencana, puisi atau karya-karya ilmiah yang lain. Kalau saya boleh sebutkan di sini, kebanyakan orang suka membaca itupun bahan bacaan yang berbentuk penceritaan seperti komik dan novel-novel. Kalau memang ramai suka membaca, mana mungkin Majalah MASSA yang penuh dengan informasi dan penulisan rencana yang analitikal dan kritikal itu terpaksa dihentikan penerbitannya akibat 'pemulauan' oleh pembaca di Malaysia sendiri.

Itu adalah salah satu senario yang menunjukkan rakyat Malaysia semakin kurang minat dan keinginan membaca bahan bacaan yang boleh membina minda dan peradaban mereka.

Berkaitan senario di atas, artikel lain yang ingin saya kongsikan di ialah mengenai kekecewaan yang disuarakan oleh Sasterawan Negara, Datuk A.Samad Said terhadap khabar-khabar angin (atau mungkin berita benar) berkenaan desas-desus terbaru,

"bahawa karya-karya Sasterawan Negara dan penerima Anugerah Penulisan SEA (SEA Write Award) tidak akan tersenarai sebagai buku yang dicadangkan untuk teks baru Komsas bagi sekolah menengah yang disemak semula dan dijangka digunakan pada 2010. Selain itu, semakan tersebut juga tidak menyenaraikan puisi, cerpen, novel dan drama dari pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM), hadiah sastera peringkat negeri dan swasta."

Kementerian Pelajaran telah mengumumkan baru-baru ini untuk menukar teks sastera sekolah dengan novel-novel remaja popular seperti karya Ahadiat Akashah. (Rujuk artikel selanjutnya di:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0124&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sastera&pg=sa_01.htm

Jika ini berlaku, maka mungkin tindakan ini adalah 'pemulauan' secara rasmi terhadap bahan bacaan yang mempunyai nilai ilmiah yang sangat tinggi yang mampu memberi kesan kepada pembentukan peradaban sesuatu masyarakat dan apa yang menyedihkan ia dilakukan secara terancang di institusi pendidikan negara; iaitu di sekolah menengah. ("o)

Kepada sahabat-sahabat saya di luar sana yang sama-sama memahami & mencintai dunia penulisan 'yang bukan sekadar picisan' memikirkan perkara ini dan sama-sama merasai kesedihan, kekecewaan, kemarahan dan kesayuan yang dirasai oleh Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said.

P/S: (Latar belakang sebagai seorang graduan kewartawanan membuatkan saya rasa terpanggil untuk menulis berkaitan isu ini... saya dapat rasakan, jika karya sastera ini dipinggirkan...siapa yang 'mengaji' ilmu ini akan rasa satu kehilangan...saya sedang merasainya...)

Ulasan

aslina_bidadari berkata…
Salam,
Kekecewaan itu bukan dialami oleh Datuk A.Samad Said sahaja dan beliau bukan kecewa karyanya sahaja tidak diangkat sebagai Teks dalam KOMSAS sebaliknya kepada keseluruhan dunia Sastera tanahair dan penulis Sastera tinggi yang dipandang sebelah mata dan dipinggirkan oleh institusi pendidikan negara sendiri.

Catatan popular daripada blog ini

Jadikan Impian Satu Kenyataan, Mulakan Hanya Dengan Sehelai Kertas!

...Mulakan hari dengan kata-kata positif...!!!

Movies & Song Critics: 1 LITRE OF TEARS, Kisah Penuh Hikmah & Pengajaran