Catatan

Travelog Lantai Parlimen : Katil Nombor 5, Hospital Muar

Imej
* Gambar ihsan google Hospital Muar, katil nombor 5. Adegan yang tidak  dapat aku lupakan sewaktu awal-awal tahun dalam dunia pengajian kewartawanan. Apa pun yang hadir di sekelilingku semuanya bernilai. Bernilai berita!  Katil nombor 5 "Abang Musa... Abang Musa. Terima kasih tolong aku. Engkau seorang sahaja yang faham aku. Kalau tak ada engkau memang teruk lah aku masa tu!" "Abang Musa, datanglah melawat aku. Aku bosanlah di sini." Tiba-tiba wad 15, wad wanita Hospital Muar dikejutkan dengan teriakan Kak Salmi. Wanita Orang Kelainan Upaya (OKU) umurnya lingkungan 30 an; bercakap-cakap seorang diri sambil di selang seli dengan gelak ketawanya.  Ketika itu aku sedanng menemani Kakakku Nora yang juga seorang OKU. Dia demam panas dan meracau-racau. Katilnya nombor 10 berdepan dengan katil Kak Salmi. Sewaktu Kak Salmi menjerit-jerit memanggil kawan halusinasinya abang Musa, aku dan Kak Nora hanya diam memerhati. Waktu itu apa yang tidak l...

5 Tujuan Penulisan Kritis

Imej
Dari kiri Tuan Hasbie Muda, Hafizah, Diana, Haslina, Suhaini, Hazayani & Nurul  Bengkel Penulisan Kritis, Sabtu 13.2.16, Petaling Jaya Alhamdulillah, misi penulisan diteruskan lagi.... :) Kali ini bersama Tuan Hasbie Muda dalam Bengkel Penulisan Buku Kritis. Menurut Tuan Hasbie Muda, antara tujuan penulisan buku kritis ialah : 1. Memenuhi tuntutan menjawab atau memberi pandangan umum (public opinion) berkaitan sesuatu isu contohnya isu vaksin, harga barang dan lain-lain. 2. Mempengaruhi keputusan pembuat polisi. Yang Berhormat di DUN atau Parlimen banyak merujuk buku-buku untuk membuat undang-undang dalam negara. Tidak ramai penulis islam menulis buku-buku kritis begini maka kita boleh menilai pendapat yang keluar daripada penghujahan dan proses pembuatan polisi oleh ahli-ahli dewan di Parlimen! Banyak buku-buku kritis diterbitkan oleh Gerak Budaya dan ramai penulis-penulis ialah bukan Islam. Maka menjadi jadi satu tuntutan besar kepada penulis muslim ...

Mengapa Travelog Lantai Parlimen?

Imej
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.... Mengapa Travelog Lantai Parlimen? Itu persoalan yang diajukan tatkala saya bercadang mencoretkan sebuah travelog pengalaman terlibat dalam bidang kewartawanan & media serta penyelidik kepada seorang senator selama hampir 10 tahun ini. Jam 9.00 malam bertemu YB Mumtaz Md Nawi selepas sidang Dewan Negara Bersama sahabat penyelidik Cik Norazlin Mohamed Ariff & Puan Tengku Husni Tengku Abd Razak Travelog ialah catatan perjalanan. Lantai pula saya pilih sebagai simbolik kepada semua latar cerita mengenai pengalaman saya meneroka dunia media, dakwah dan politik di Malaysia. Manakala parlimen pula saya pilih sebagai hujung perjalanan saya khususnya dalam memperjuangkan isu-isu rakyat marhaen. Umum tahu bahawa di parlimenlah (Dewan Rakyat & Dewan Negara) undang-undang digubal dalam usaha menyusun dan menyelesaikan permasalahan rakyat.     Himpunan hansard parlimen - perbahasan oleh YB...

Kembara Ramadhan Bersama Catriona Ross

Imej
Kembara Ramadhan bersama Saya, Cat, Ibu Azlin Hezri, Sharna Liza, Azlin dan Ruby di Ar-Rafiah Seksyen 7 Shah Alam. Jumaat 12 Ogos 2011/12 Ramadhan 1432H Catatan kembara Ramadhan ini cukup menyentuh hati dan sangat bermakna buat saya. Daripada seorang peminat dan penggemar lakonan Catriona Ross, Allah takdirkan saya menjadi rakan twitter beliau di medan maya. Kini bersahabat pula di dunia realiti. Pasti ada yang menarik untuk dikongsikan. " Catriona Ross yang saya kenal - Humble, lembut, jujur mengeluarkan pandangan, suka berkongsi, berprinsip & tegas dengan pendiriannya... orangnya juga sedikit perfectionist yang sentiasa cuba memperbaiki diri & buat yang terbaik dalam setiap kerja yang dilakukan ;) " Sebagai seorang insan yang punya latarbelakang kewartawanan jiwa saya memang sangat-sangat teringin meneroka kehidupan orang lain. Bukannya ingin menjaga tepi kain orang tetapi cuba menyelami dan menghayati kalam Allah yang sungguh membuat saya menjadi pem...

Jadikan Impian Satu Kenyataan, Mulakan Hanya Dengan Sehelai Kertas!

Imej
Salam hijrah untuk semua. Perkongsian kali ini agak santai sedikit. Lebih kepada mengajak diri sendiri dan pengunjung blog ini melihat ke belakang sepanjang hampir setahun Allah panjangkan umur kita pada tahun 2010. Yang pastinya terlalu banyak kesyukuran yang perlu kita persembahkan kepada Allah atas setiap detik kurniaan yang Allah s.w.t limpahkan kepada kita. Kerana apa? Bagi saya kerana perkara-perkara ini; impian-impian kecil & besar dalam hidup saya Allah s.w.t kabulkan dan menjadikan ia satu realiti atau material yang boleh saya pegang dan rasai. Juga kerana kita percaya Allah s.w.t Maha Baik kepada hamba-hambaNya. Untuk lebih jelas, saya galakkan diri saya dan pengunjung sekalian menyenaraikan satu persatu impian-impian itu. Alhamdulillah untuk tahun 2010, Allah s.w.t kabulkan permintaan saya untuk... IMPIAN 1. Dapat pekerjaan yang sesuai dengan minat dan kecendeungan saya - Pegawai Penyelidik Media di sebuah NGO - Ummah Centre di Shah Alam IMPIAN 2. Menyelesaikan beberapa...

Mesej dari DIA...

Imej
Saya sangat suka memikir dan menulis mengenai manusia. Ragam, peristiwa, kejadian-kejadian pelik dan menyentuh hati tentang manusia. Di dalam ilmu penulisan ia dikategorikan sebagai penulisan human interest. Mengapa? Sebab utamanya ialah saya juga seorang manusia. Manusia dengan manusia yang lain terlalu banyak persamaan. Bentuk tubuh badan, proses tumbesaran, kedudukan mata, hidung, organ-organ dalam badan dan macam-macam lagi kesempurnaan kejadian manusia dari Pencipta Yang Maha Bijaksana. Setiap yang Allah s.w.t ciptakan pasti ada manfaat dan pengajaran kepada manusia…manusia yang berfikir. Mencecah umur 30 tahun ini, saya memahami satu lagi perkara tentang kehidupan. Bukan sekadar memahami bahkan menambah lagi keimanan saya kepada-Nya. InsyaALLAH. Apa Dia? Setiap yang berlaku dalam hidup kita, susah atau senang semuanya adalah cara Allah s.w.t menghantar mesej kepada kita. Allah s.w.t sedang berkomunikasi dengan kita. Beruntunglah orang yang sedar dan peka dengan perkara ini. Keran...

Berdoalah, akan AKU Perkenankan

Imej
Renungan. "Berdoalah, akan AKU perkenankan". Entri ini masih relevan dengan suasana sekarang. Cuaca panas dimana-mana. Tapi mesej yang lagi penting ialah doa sememanganya senjata orang mukmin. Hujan turun sebaik Nik Aziz ketuai solat sunat Istisqa Oleh Mohd Zuharman (The Malaysian Insider) KOTA BARU, 12 Mac – Solat sunat Istisqa’ yang diadakan memohon hujan pagi ini bukan sahaja menakjubkan 2,000 jemaah yang hadir bahkan rakyat negeri ini apabila kerahmatannya langsung terbukti sebaik sahaja solat dimulakan, Hujan pun mula turun ketika bacaan surah al-Fatihah. Solat yang dimulakan pada pukul 8.30 pagi ini itu diimamkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ia diadakan di Padang Perdana bersebelahan jalan berhadapan dengan Stadium Sultan Mohamad IV, dekat sini. Hadir sama seluruh kepimpinan kerajaan negeri termasuk exco, Adun dan Ahli Parlimen dari parti Pakatan Rakyat. Nik Aziz yang ditemui selepas solat sunat tersebut melahirkan rasa syukur tidak terhingganya ...