Mengapa Travelog Lantai Parlimen?


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang....

Mengapa Travelog Lantai Parlimen?

Itu persoalan yang diajukan tatkala saya bercadang mencoretkan sebuah travelog pengalaman terlibat dalam bidang kewartawanan & media serta penyelidik kepada seorang senator selama hampir 10 tahun ini.

Jam 9.00 malam bertemu YB Mumtaz Md Nawi selepas sidang Dewan Negara

Bersama sahabat penyelidik Cik Norazlin Mohamed Ariff & Puan Tengku Husni Tengku Abd Razak

Travelog ialah catatan perjalanan. Lantai pula saya pilih sebagai simbolik kepada semua latar cerita mengenai pengalaman saya meneroka dunia media, dakwah dan politik di Malaysia. Manakala parlimen pula saya pilih sebagai hujung perjalanan saya khususnya dalam memperjuangkan isu-isu rakyat marhaen. Umum tahu bahawa di parlimenlah (Dewan Rakyat & Dewan Negara) undang-undang digubal dalam usaha menyusun dan menyelesaikan permasalahan rakyat.

 

 
Himpunan hansard parlimen - perbahasan oleh YB Mumtaz Md Nawi mantan senator


Bagaimana isu kes cerai yang tertunggak lama diselesaikan dengan pengubalan undang-undang, masalah bebanan tugas guru-guru juga dibincangkan di parlimen, harga barang mahal yang menekan golongan berpendapatan rendah juga menjadi bual bicara wakil rakyat, kes anak luar nikah yang meningkat dari tahun ke tahun dapatkah diselesaikan dengan baik? dan sehinggalah pada satu masa dibincangkan juga apakah pakaian sukan yang sesuai digunakan oleh perenang dari Malaysia,

Walau isu dan perbahasannya agak berat namun saya akan cuba menyampaikan sisi cerita yang lain yang tidak pernah diceritakan dimana-mana sebelum ini (sebab ini cerita saya). Saya memilih untuk mengupas bab-bab di dalam travelog ini dengan cerita-cerita lucu, suspen, sedih dan saya harap ia dapat mencuit hati dan menjentik minda pembaca. Saya akan hubung kaitkan isu-isu kecil di sekitar kita dengan kehidupan orang lain khususnya pembuat dasar di peringkat negara; Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat.

Jalan menuju ke parlimen

Antara yang tersimpan kemas dalam memori saya ialah bagaimana pengalaman saya tidur di stor masjid bersama seorang ibu tunggal yang lari dari rumah, kisah seorang wanita Orang Kelainan Upaya (OKU) yang dirogol oleh ahli keluarga angkatnya di Johor Bharu kemudian diselamatkan di Hospital Muar. Juga pengalaman menghantar seorang Senator ke parlimen hanya dengan menaiki kereta Kelisa, keperitan berjaga malam dan memerah otak membantu menyediakan soalan-soalan parlimen untuk diutarakan ke Dewan Negara. Tak lupa juga pengalaman mencuit hati melihat gelagat-gelagat wakil rakyat berbahas di parlimen dengan gaya perbahasan cemerlang dan juga ada yang temberang:) dan peristiwa-peristiwa besar melihat pertolongan Allah swt kepada hamba-hambaNya yang memperjuangkan islam sepanjang mereka berkhidmat untuk rakyat.

 Bersama YB Mumtaz Md Nawi mantan Ahli Dewan Negara 2006-20012
(Sekarang beliau ialah Exco Kerajaan Negeri Kelantan dan ADUN Demit)


Rempah ratus kehidupan inilah yang menentukan apakah makna perjuangan dalam hidup. Hidup, masa, wang ringgit, ilmu, harta dan kasih sayang yang ada pada diri kita itu sebenarnya untuk manfaat orang lain. Bila ada yang dibela, disitulah ada nilai perjuangan.

Saya berlatar belakangkan bangunan parlimen

Saya kira catatan ini penting buat saya untuk melihat kembali perjalanan kehidupan yang Allah swt aturkan.  Ia ibarat buku catatan amalan saya. Jika ada sisi yang baik mampulah saya tersenyum dan bersyukur kerana Allah Maha Baik memilih saya membuat pahala. Jika ada sisi buruk, saya harap ia mampu membuat saya sentiasa sedar untuk terus bertaubat dan taqarub kepada Allah. Juga saya harap ia mampu memberi nilai tambah kepada sisi kehidupan pembaca nanti.

InsyaAllah nantikan coretan saya akan datang.

Doakan saya kuat untuk terus menulis bab seterusnya....

* Gambar-gambar adalah koleksi peribadi sekitar tahun 2010 dan 2011

Ulasan

Unknown berkata…
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Catatan popular daripada blog ini

Jadikan Impian Satu Kenyataan, Mulakan Hanya Dengan Sehelai Kertas!

...Mulakan hari dengan kata-kata positif...!!!

Movies & Song Critics: 1 LITRE OF TEARS, Kisah Penuh Hikmah & Pengajaran