Kembara Ramadhan Bersama Catriona Ross

Kembara Ramadhan bersama Saya, Cat, Ibu Azlin Hezri, Sharna Liza, Azlin dan Ruby di Ar-Rafiah Seksyen 7 Shah Alam. Jumaat 12 Ogos 2011/12 Ramadhan 1432H

Catatan kembara Ramadhan ini cukup menyentuh hati dan sangat bermakna buat saya.

Daripada seorang peminat dan penggemar lakonan Catriona Ross, Allah takdirkan saya menjadi rakan twitter beliau di medan maya. Kini bersahabat pula di dunia realiti. Pasti ada yang menarik untuk dikongsikan.

" Catriona Ross yang saya kenal - Humble, lembut, jujur mengeluarkan pandangan, suka berkongsi, berprinsip & tegas dengan pendiriannya... orangnya juga sedikit perfectionist yang sentiasa cuba memperbaiki diri & buat yang terbaik dalam setiap kerja yang dilakukan ;)"

Sebagai seorang insan yang punya latarbelakang kewartawanan jiwa saya memang sangat-sangat teringin meneroka kehidupan orang lain. Bukannya ingin menjaga tepi kain orang tetapi cuba menyelami dan menghayati kalam Allah yang sungguh membuat saya menjadi pemerhati yang sangat luar biasa;

Yaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk dan ketika berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata, “Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau ciptakan semua ini dengan sia-sia. Mahasuci Engkau,, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” (QS Ali-Imran: 191)

Manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang paling unik dan daripada ciptaan ini, 1001 rahsia dan ilmu Allah swt yang boleh dipelajari. Allah swt tidak ciptakan ia untuk disia-siakan.

Saya sangat percaya dengan kata-kata motivasi Dr.Fadzillah Kamsah iaitu "Setiap orang di sekeliling kita adalah aset untuk kita jadi lebih baik." Luaskan persahabatan anda dan nikmati hasil daripada interaksi alam yang anda lalui.

Tidak kiralah siapa pun dia; CEO, doktor, peniaga burger, penjual emas, pengawal keselamatan hatta seorang cleaner...mereka punya 'emas' atau nilai diri yang sangat tinggi. Saya perlu belajar dari mereka bagaimana menjaga dan menggilap emas-emas tersebut supaya terus mempunyai nilai yang tinggi.

Begitu juga Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 31 tahun. Wanita ini bukan wanita biasa...wanita ini, wanita yang dipilih Allah swt di kalangan hamba-hambaNya untuk menjadi pengajaran kepada orang lain. Mengapa seorang selebriti? Kerana mereka adalah ikon dan punya 'anak didik' yang sangat ramai di seluruh Malaysia. Nah! Itu kelainannya .

"Doakan saya kuat dan istiqamah" - Catriona Ross

Antara yang menarik mengenai Cat sepanjang saya 'bermusafir' dengannya di alam maya ialah saya sangat merasai kesungguhan dan keikhlasan beliau untuk terus istiqamah dengan hijrah yang dilakukan. Instinct saya sangat kuat dengan isyarat ini, tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Ia adalah 'rasa'.

Aktiviti berpesan-pesan dengan kesabaran dan kebenaran di twitter membawa kami bertemu mata di dunia realiti.

Rumah Perlindungan Ar-Rafiah Seksyen 7 Shah Alam itulah perhentian yang menemukan kami.

Umi, Pengurus Rumah Ar-Rafiah sedang memberikan taklimat kepada kami.

"Esok malam I ada iftar dan tarawih di rumah perlindungan wanita in Shah Alam, how about if u tag along? Visit mereka yang pernah terlanjur tapi mencari jalan pulang" Sapa Cat di BBM saya.

"Alhamdulillah. Ok, InsyaAllah kita jumpa esok ya." Jawab saya dengan hati yang berbunga-bunga.

BBM daripada Cat buat saya tersentak dan tersenyum gembira. Maklumlah beliau seorang selebriti dan kami pun baru kenal melalui twitter. Kesudian beliau mempelawa saya bersama, buat hati kecil saya tersentuh. Di titik ini, saya kira Cat seorang yang ikhlas dan sangat menghargai sebuah ukhuwah dan persahabatan. Mungkin juga nickname saya; wartawanislam itu buat kami lebih serasi. Maklumlah latarbelakang pendidikan kami sama iaitu masing-masing belajar mengenai media. Bezanya saya jurusan kewartawanan (journalism UiTM) dan Cat mengambil pengkhususan dalam penyiaran (broadcasting UPM).

Jam 6.30 petang kami tiba di Ar-Rafiah disambut oleh Pn.Azlin Hezri atau Ibu Lin, Umi pengurus rumah Ar-Rafiah dan warden-warden serta adik-adik penghuni rumah ini.

Cat ingin mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai rumah ini.

Saya bersama Ibu Azlin Hezri. Untuk makluman beliau adalah isteri kepada YB Dr.Dzulkefly Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Selangor) yang juga ahli PEKAWANIS.

Cat bersama sahabat saya, Azlin. Macam kembar ;)

Solat Maghrib & Tarawih berjemaah.Kredit Gambar dari blog Sharna Liza di cyanamoose)

Moreh bersama.Kredit Gambar dari blog Sharna Liza di cyanamoose)

"Hati Ini Selalu Berdoa.... - Catriona Ross"

Ibu mempengerusikan majlis santai petang itu.

"Adik-adik, dalam proses kita berhijrah ada empat perkara yang akan kita hadapi. Pertama ini adalah proses yang baru, kedua kita tidak biasa, ketiga banyak perkara yang perlu kita belajar dan yang keempat kita akan selalu terfikir dan tertanya-tanya bagaimana kita nak teruskan perjalanan ini. Apabila kita berubah, kita perlu belajar dan biasakan diri bagaimana cara untuk berhadapan dengan orang yang pandang serong dengan perubahan kita." Cat memulakan bicara.


"Ibaratnya kalau pergi ke kandang harimau, harimau pun tak nak kawan. Kalau pergi ke kawasan kucing, kucing pun tak nak terima sebab rasa macam kita advance sangat." Sempat juga Cat berseloroh menceritakan situasi yang dialaminya sekarang.

Kredit Gambar dari blog Sharna Liza di cyanamoose)

"Inilah kali pertama kak Cat ke program di institusi sebegini, sebelum ni kak Cat ke rumah anak-anak yatim dan rumah orang-orang tua"


Kredit Gambar dari blog Sharna Liza di cyanamoose)

"Kak Cat cuba untuk hidup sebaik yang boleh. Dan langkah utama adalah mulakan dengan kena selalu jaga hati kita kerana hati adalah organ pertama yang Allah ciptakan. Hati ini selalu berdoa meminta kepada Allah agar pemiliknya sentiasa berbuat kebaikan." Luahan ini membuatkan hati saya sangat sayu. Pena ditangan terus menari-nari, patah demi patah peringatan dan perkongsian Cat tidak mahu saya terlepas tuliskan. Rasa rugi, rasanya seperti hilang barang berharga yang dah lama kita simpan.

Kredit Gambar dari blog Sharna Liza di cyanamoose)

"Adik-adik, selalulah dekat dengan hati, kena selalu bercakap dengan hati kita dan ajak 'dia' menilai baik atau buruk satu-satu perkataan yang nak kita sebutkan"



"Kak Cat dapat rasakan apa yang adik-adik rasakan sekarang. Tanamkan keyakinan yang tinggi dalam diri sebab apabila adik-adik keluar nanti mampu berhadapan dengan teguran, sindirian dan pelbagai kata-kata negatif yang akan menggoyahkan keazaman kita untuk terus kekalkan perubahan. Bercampurlah dengan kawan-kawan yang sentiasa ingin mendorong kita jadi baik"

Kata-kata terakhir sebelum berpisah.

Autograf sebagai kenang-kenangan.

Sempat melayani pertanyaan dan luahan hati salah seorang penghuni rumah perlindungan ini. Saya nampak matanya berkaca. Kedua-duanya, mungkin ada kisah sedih yang mereka kongsikan.

Jelas sekali, Cat punya azam dan cita-cita yang sangat tinggi. Bukan sahaja untuk menjadikan dirinya lebih baik malah berusaha memberi inspirasi kepada orang lain menjadi lebih baik. Saya suka semangat itu! Kerana Rasulullah s.a.w berpesan;

عن جابر قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : « المؤمن يألف ويؤلف ، ولا خير فيمن لا يألف ، ولا يؤلف، وخير الناس أنفعهم للناس

Diriwayatkan dari Jabir berkata,”Rasulullah saw bersabda,’Orang beriman itu bersikap ramah dan tidak ada kebaikan bagi seorang yang tidak bersikap ramah. Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia.” (HR. Thabrani dan Daruquthni)

Kuatkan azam dan teruskan melangkah!

Amiin Ya Rahman Ya Rahim. Kami pulang kira-kiran jam 11.30malam. Syukur Alhamdulillah.

Doakan diri anda dan orang-orang di sekeliling anda untuk menjadi orang yang 'beriman', 'bersikap ramah' dan 'bermanfaat' kepada orang lain. Teruskanlah kembara Ramadhan ini...Saya akan update Kembara Ramadhan Bersama Catriona Ross yang lain pula, mudah-mudahan menjadi inspirasi dan ikutan! InsyaAllah :)

Nota:

1. Ikuti kisah hijrah Catriona Ross di Bila Hidayah Mengetuk Hati

2. Ikuti penerangan lanjut mengenai PEKAWANIS dan Rumah Perlindungan Ar--Rafiah di Usahawa PEKAWANIS Tubuh Rumah Ar-Rafiah Tanggungjawab Semua

Ulasan

cyanamoose berkata…
Salam Diana... mmg sesuai awak jadi wartawan, seperti setiap yang ditutur Cat, awk share bersama. :)

Sogan pula blog sy turut terpampang kt sini. hehe.

Nice knowing u sister.
Diana berkata…
wassalam, begitu juga dengan awak (boleh ye bahasakan diri awak hehehehe)...setiap 'bidikan' kamera seperti tidak mahu terlepas detik-detik berharga ketika itu.

You deserved it. Promosikan yang baik-baik insyaAllah bermanfaat pada orang lain.

Sorry tak dapat nak bersembang lama, insyaAllah kita jumpa lagi nanti.

Suka juga kenal awak...saya pun gila kamera & ambil gambar. Dulu belajar 1 subjek mengenai gambar-gambar ni....nanti nak sambar satu DSLR :) insyaAllah.
Suhaila Ismail berkata…
Salam, ingin jugak mengulas. Saya suka baca apa2 ttg Cat. Saya perasan dari dulu Cat bila bercakap tulus dari hati sebab saya cepat terasa apa yg dia cakap. Tak meninggi diri, ikhlas, dan ternyata kini dia dipilih Allah bersama mereka yang terpilih, Alhamdulillah. Tahniah Cat. N terima kasih Diana atas perkongsian ini(tak pe ya saya panggil Diana).
Wassalam.
MM berkata…
Ada satu gambar yang boleh nampak muka penghuni. Elok dikabur sekaburnya dgn bajunya sekali untuk tujuan privasi/tutup aib

Catatan popular daripada blog ini

Jadikan Impian Satu Kenyataan, Mulakan Hanya Dengan Sehelai Kertas!

...Mulakan hari dengan kata-kata positif...!!!

Movies & Song Critics: 1 LITRE OF TEARS, Kisah Penuh Hikmah & Pengajaran