Mesej dari DIA...

Saya sangat suka memikir dan menulis mengenai manusia. Ragam, peristiwa, kejadian-kejadian pelik dan menyentuh hati tentang manusia.

Di dalam ilmu penulisan ia dikategorikan sebagai penulisan human interest.

Mengapa?

Sebab utamanya ialah saya juga seorang manusia. Manusia dengan manusia yang lain terlalu banyak persamaan. Bentuk tubuh badan, proses tumbesaran, kedudukan mata, hidung, organ-organ dalam badan dan macam-macam lagi kesempurnaan kejadian manusia dari Pencipta Yang Maha Bijaksana.

Setiap yang Allah s.w.t ciptakan pasti ada manfaat dan pengajaran kepada manusia…manusia yang berfikir. Mencecah umur 30 tahun ini, saya memahami satu lagi perkara tentang kehidupan. Bukan sekadar memahami bahkan menambah lagi keimanan saya kepada-Nya. InsyaALLAH.

Apa Dia?

Setiap yang berlaku dalam hidup kita, susah atau senang semuanya adalah cara Allah s.w.t menghantar mesej kepada kita. Allah s.w.t sedang berkomunikasi dengan kita. Beruntunglah orang yang sedar dan peka dengan perkara ini.

Kerana Apa?

Ayat Quran:

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal";

"(Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka".

(Surah Al-'Imran: Ayat 190-191)

Apabila kita sedar bahawa melalui ujian kesenangan dan kesusahan itu adalah cara Allah s.w.t berkomunikasi dengan makhluknya maka kita akan lebih tenang berdepan dengan semua itu. Natijahnya, senyuman terukir diwajah orang yang kehilangan kereta, air mata kesyukuran mengalir di pipi orang yang terselamat dari kemalangan ngeri kenderaan dan ada yang masih boleh bercakap dengan tenang walau baru dimarahi bos.

Bagaimana?

Ia berlaku bila, hatinya sentiasa merasai adanya Allah s.w.t dalam kehidupanya. Jika dia seorang dia bersama Allah s.w.t dan jika dia bersama orang lain, dia juga rasa Allah s.w.t bersamanya. Dan makluk sekitarnya juga di dalam kawalan Allah s.w.t dan setiap yang berlaku semua dengan izin Allah s.w.t. Semuanya Allah s.w.t.

Mesej dari sebuah kemalangan:

Saya ingin berkongsi kisah sahabat saya yang terlibat dalam sebuah kemalangan. Namanya Syazwani, saya biasa memanggilnya Along Wani, berumur 29 tahun sebaya dengan saya. Bertugas sebagai Jururawat di Serembang. Kisahnya berlaku sewaktu Along Wani dalam perjalanan ke tempat kerja. Ketika itu jam menunjukkan lebih kurang 6.00pg. Dia keluar awal kerana bertugas shift pagi. Keretanya terbabas kerana mengelak seekor haiwan dipercayai seekor anjing yang secara tiba-tiba melintas jalan.

Saya kongsikan gambar-gambar kereta Proton Iswara Along Wani akibat kemalangan itu.

Gambar kereta 1

Pintu kereta dipotong untuk keluarkan mangsa.
Gambar kereta 2

Pandangan dari luar, pintu depan penumpang.
Gambar kereta 3

Tempat duduk pemandu yang remuk teruk. Bayangkan keadaan dia.
Gambar kereta 4

Pandangan hadapan kereta
Gambar kereta 5

Total lost.

Bayangkan bagaimana keadaan dia.

Hidup atau meninggal?

Patah riuk?

Lumpuh seluruh badan?

Koma?

atau cedera ringan?

Sesungguhnya ALLAH s.w.t Tuhan Yang Maha Berkuasa Mengawal segala yang ada dilangit dan dibumi, sebaik-baik Pencipta dan Perancang... Dia Yang Menghidupkan, Dia jua Yang Mematikan...

Gambar mangsa (bertudung hijau)Along Syazwani, 29 tahun, Jururawat.


Keadaan along Wani dua belas (12) hari selepas terlantar di Hospital Ampang Puteri.

Apakah mesej daripada-Nya yang ingin DIA sampaikan?

Saya tinggalkan persoalan ini untuk anda fikirkan.

InsyaAllah saya akan sambung artikel ini dengan perkongsian dan temuramah saya bersama sahabat saya ini pada entri akan datang. Doakan ya saya diberi kekuatan terus menulis menyampaikan mesej dari DIA. Jumpa lagi pada entri akan datang!

Ulasan

hamada hamdi berkata…
Allah...Allah..

saya sangat sentiasa menanti tulisan kak diana.

semoga perkongsian sebegini dapat menjentik hati-hati yang terlena.
Nur Suaidah Bachok berkata…
salam.. holoh holohhhh..
kite egt siapa la yg follow sy n siapalah yg add sy kt fb..
rupenye akak.. ;D

emmm, nway selamat berkenalan didunia maya ini.. teruskan belog. kite follow akak balik ok..

^psttt! yg sorg dlm gmbr tu kite kenal laa.. die keje kt kedai buku pkns tu kn.. n die alumni ESQ kn.. ;D
Diana berkata…
Terima kasih adik-adik akk sudi singgah di blog yang seadanya ini.

Semoga istiqamah dengan kebaikan yg anda lakukan.

Ahmad, jadi Doktor tau yg Islamic nanti senanglah akk nak minta tolong awk...untuk my family.

Syu'aidah...hehehe, dunia maya ni senang je nak trace sanak saudara dan sahabat-sahabat. dunia tanpa sempadan.
Nur Suaidah Bachok berkata…
hehehe.. twink2.. suka2.. nway tq byk2 laaa..

Catatan popular daripada blog ini

Jadikan Impian Satu Kenyataan, Mulakan Hanya Dengan Sehelai Kertas!

...Mulakan hari dengan kata-kata positif...!!!

Movies & Song Critics: 1 LITRE OF TEARS, Kisah Penuh Hikmah & Pengajaran