Refleksi Sebuah Ciptaan Tuhan - Nur Muhammad

Catatan 23.8.2014


Refleksi sebuah ciptaanNya

Allah's creation... Nur Muhammad 8 month. Journey living into greatness.

Sebagai ibu maknai setiap saat bersama anak yang sedang membesar. Ia satu proses yang sungguh istimewa, refleksi sebuah hubungan hamba dengan Pencipta. Pelbagai mesej daripada Allah s.w.t melalui si kecil ini.

Saat mengandungkannya, saat melahirkan, saat menatap wajahnya, saat menyusukan, saat memandikan, saat menukarkan lampin dan memakaikan baju, saat memujuknya ketika menangis, saat menidurkannya, saat bermain, saat bersama-sama dalam mesyuarat dan program yang ummi atau abi Mohd Subari Jahaya hadiri, dan saat-saat lain.

Sangat halus, sangat dalam, sangat membekas!

Ia terjemahan sebuah CINTA & KASIH dari sumber segala cinta iaitu Allah s.w.t.

Melalui perkahwinan dan sunnahtullah berkeluarga juga, Allah s.w.t memberi insan rasai perbezaan kasih sayang antara makhluk bernama suami & anak dan kasih sayang Allah s.w.t.

Syukur alhamdulillah untuk setiap saat yang membahagiakan itu. ♥


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jadikan Impian Satu Kenyataan, Mulakan Hanya Dengan Sehelai Kertas!

...Mulakan hari dengan kata-kata positif...!!!

Movies & Song Critics: 1 LITRE OF TEARS, Kisah Penuh Hikmah & Pengajaran