Catatan

Doakan Dia Diberi Kekuatan...

Imej
Assalammualaikum dan Salam muhasabah.... Entri kali ini ada beberapa perkara gembira dan duka yang ingin saya kongsikan dengan teman-teman sekalian...Cuti hujung minggu lepas saya diisi dengan jemputan menghadiri majlis perkahwinan sahabat saya semasa di kampus dan ziarah sahabat di hospital... Kepada sahabat2 yang pernah menyertai program OPKIM Khidmat Mesra Insan (KAMI05) di Kg. Tengkawang, Kuala Berang di Kuala Terengganu mungkin kenal Ina. Ina ialah salah seorang peserta OPKIM...waktu itu umur dia baru 19 tahun, sekarang 22 tahun..mendahului kami berumahtangga....doakan mereka bahagia hingga ke Syurga, Ameen.... * Ima, Lin, Ina & Shaharom (waktu ni dah petang, kami sampai lewat...pengantin dah tukar baju...tapi yang bestnye, pengantin yang hidangkan kami makanan...terima kasih kepada Ina & Shaharom dan ibu bapa Ina yang menerima kehadiran kami di saat-saat akhir majlis....) Azmi dan Tengku Haphiz...dan saya (ambil gambar). Mempelai selepas majlis pernikahan. (Ihsan gambar, ...

...handphone hilang, Aura Tok Guru 2 tidak dapat di uploadkan...

Harap maaf, Aura Tok Guru 2 tidak dapat di upload kan seperti yang saya maklumkan di entri yang lepas.... semua bahan (gambar dan video talk Tok Guru) di dalam hp tersebut hilang maka aura tok guru 2 tidak dapat ditatap untuk entri kali ini...namun begitu, terima kasih kepada teman-teman yang sentiasa singgah di blog ini...insyaAllah saya cuba update entri dari masa ke semasa...

Aura Tuan Guru 1

Imej
Program: Majlis Makan Malam Bersama Tok Guru Tarikh: 3 November 2008 Masa: 8.00mlm-12.00mlm Tempat: Penthouse Suite 4, Cattelya Grand Ballroom, Wisma PKPS, Shah Alam Selangor Anjuran: Dewan Muslimat PAS Kawasan Shah Alam Kehadiran: Lebih 800 orang tetamu VVIP: YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz b. Nikmat (Muryidul Am PAS, Menteri Besar Kelantan) YB Datuk Haji Kamaruddin Jaafar (Setiausaha Agung PAS Pusat, Ahli Parlimen Tumpat) YB Khalid Samad (Timb. Pesuruhjaya II PAS Selangor, Ahli Parlimen Shah Alam) YB Dr. Siti Mariah Mahmod (Ahli Parlimen Kota Raja) YB Hj. Yaakop Sapari (ADUN Kota Anggerik) Persembahan: Saudara Azhan Atan (Juara Akademi Nasyid TV9) Ahmad Hibatullah Zawawi (Bakat baru) ...Tuan Guru... "...Wahai manusia, tanpa mengira bahasa, bangsa dan budaya...dengar tuhan cakap, kata Allah "Kami membuat kamu semua baik lelaki baik perempuan dan kami jadikan kamu bermacam-macam puak, bangsa dan keturunan tujuannya untuk kamu kenal mengenali dan sesungguhnya yang p...

...Mulakan hari dengan kata-kata positif...!!!

Assalammualaikum dan salam motivasi... Kali ini saya ingin berkongsi dengan semua mengenai ilmu kesihatan natural.... Saya percaya ramai diantara kita pernah membaca mengenai Ekperimen Saintis Jepun, Masaro Emoto mengenai kesan kata-kata positif & negatif keatas air. Maklumat lanjut klik "WaterSong" atau "EmotoProject" atau Shafril.com. Apa hubungan kata-kata tu dengan tubuh manusia? Principles of Science for Nurses menyatakan 60% badan manusia terdiri daripada air dan percayalah disebabkan fakta itu kita digalakkan minum 8 gelas air kosong/mineral/putih sehari, mandi 2 atau 3 kali sehari dan macam-macam lagi manfaat air kepada badan. Kaitan diantara fakta kajian Masaro Emoto dan Principles of Science for Nurses ini adalah apabila kita banyak menuturkan kata-kata posotif pada diri kita dan orang-orang disekeliling kita...maka molekul 60% air yang ada di dalam badan kita akan bertukar mengikut getaran kata-kata positif tersebut. Sebab itulah bila kita hadir...

Malam ke-21 ke?

Imej
Assalammualaikum ... Salam Penghujung Ramadhan.... Mungkinkah malam Lailatul Qadar jatuh pada malam ke 21 yang lepas? Sama-sama kita renungkan perbincangan ilmiah ini. Click me! Malam 21 tu, siangnya kami NISA' Shah Alam Alhamdulillah baru sahaja mengadakan program sempena Ramadhan; NISA' TALKSHOW: CUKUP WANG HATI TENANG di Pentas Utama Kompleks PKNS Shah Alam. Alhamdulillah kehadiran peserta amat memberangsangkan...lepas ni mungkin PKNS boleh/akan bagi laluan kepada NISA' untuk buat lagi TalkShow...al-maklumlah bila ada program menarik pengunjung ke PKNS serba sedikit membantu promosi ekonomi bumiputera yang berniaga di sana . ... Oklah, berbalik pada entry kali ini, apa yang saya boleh kongsikan...pagi 21 hb tu memang cuaca dan suasana di sekeliling rumah saya...lain macam sahaja. Tenang semacam, matahari semacam 'menyorok' di sebalik awan...tapi tak macam mendung...pendek kata memenuhi ciri-ciri dan kriteria yang dibincangkan...Hanya Allah yang mengetahui... Peta...

Jom Cuci Mata!

Imej
Assalammualaikum & selamat sejahtera...seperti yang dijanjikan, entri kali ini saya cuba upload beberapa gambar yang menarik untuk tatapan pengunjung & blogger sekalian...sambungan dari entri lepas. ...cuba lihat paras air yang sebenar...gambar ni diambil ketika air sudah surut... ...sekarang, banjir adalah perkara biasa.... ...ada yang gembira... ...ada yang duka, merenung hikmah disebalik musibah... ...air naik separas lutut... ...masing-masing merenung dan termenung... ...bukan didaratan sahaja air naik... ...fitrah haiwan bernama kucing...takut dengan air... ...masih ada yang sayang... ...sabar seekor kucing... ...cuba renung betul-betul gambar ini... "keluar mulut harimau, masuk mulut buaya"... kata tikus tu! ...sudah jatuh ditimpa tangga...kucing hitam tu nampak sangat tak puas hati dengan cik tikus! ...taman permainan pun jadi mangsa...Dinasour??? SITUASAI DI DALAM PEJABAT... ...Bro Azmi cuba jadi hero hari tu.. anyway thanks, you have done your best.. .tak lup...

Banjir & PRU12

Imej
WHAT : Banjir WHERE : Pusat Daerah Seksyen 6, Shah Alam WHEN : Sabtu, 5 April 2008 sekitar 4.30ptg-6.00ptg WHY: Hujan lebat selama 2 jam sebelum air naik HOW : Parit tersumbat, tak mampu tampung air dan macam-macam sebab lain menyebabkan air melimpah memenuhi jalan dan tanah yang rendah. (yang paling tenggelam - surau. InsyaAllah akan saya upload gambar tersebut) Who (mangsa) : Peniaga-peniaga, pekerja-pekerja dan penduduk di sekitar kawasan Pusat Daerah Seksyen 6 InsyaAllah saya akan upload gambar-gambar lain sekitar kawasan yang dinaiki air. Antara yang menarik, gambar beberapa ekor kucing menyelamatkan diri memanjat grill pintu..dan celah kekalutan itu juga seekor tikus cuba menyelamatkan diri di grill yang sama! (",) Selepas reda 'tsunami' po litik di Malaysia 8 Mac lalu, kini beberapa kawasan di sekitar Selangor dan Lembah Klang pula di landa satu lagi bencana alam - yang sengaja dirancang oleh manusia - BANJIR KILAT! Catatan sahabat saya, Munawirah di blog...