Catatan

Mesej dari DIA...

Imej
Saya sangat suka memikir dan menulis mengenai manusia. Ragam, peristiwa, kejadian-kejadian pelik dan menyentuh hati tentang manusia. Di dalam ilmu penulisan ia dikategorikan sebagai penulisan human interest. Mengapa? Sebab utamanya ialah saya juga seorang manusia. Manusia dengan manusia yang lain terlalu banyak persamaan. Bentuk tubuh badan, proses tumbesaran, kedudukan mata, hidung, organ-organ dalam badan dan macam-macam lagi kesempurnaan kejadian manusia dari Pencipta Yang Maha Bijaksana. Setiap yang Allah s.w.t ciptakan pasti ada manfaat dan pengajaran kepada manusia…manusia yang berfikir. Mencecah umur 30 tahun ini, saya memahami satu lagi perkara tentang kehidupan. Bukan sekadar memahami bahkan menambah lagi keimanan saya kepada-Nya. InsyaALLAH. Apa Dia? Setiap yang berlaku dalam hidup kita, susah atau senang semuanya adalah cara Allah s.w.t menghantar mesej kepada kita. Allah s.w.t sedang berkomunikasi dengan kita. Beruntunglah orang yang sedar dan peka dengan perkara ini. Keran...

Berdoalah, akan AKU Perkenankan

Imej
Renungan. "Berdoalah, akan AKU perkenankan". Entri ini masih relevan dengan suasana sekarang. Cuaca panas dimana-mana. Tapi mesej yang lagi penting ialah doa sememanganya senjata orang mukmin. Hujan turun sebaik Nik Aziz ketuai solat sunat Istisqa Oleh Mohd Zuharman (The Malaysian Insider) KOTA BARU, 12 Mac – Solat sunat Istisqa’ yang diadakan memohon hujan pagi ini bukan sahaja menakjubkan 2,000 jemaah yang hadir bahkan rakyat negeri ini apabila kerahmatannya langsung terbukti sebaik sahaja solat dimulakan, Hujan pun mula turun ketika bacaan surah al-Fatihah. Solat yang dimulakan pada pukul 8.30 pagi ini itu diimamkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ia diadakan di Padang Perdana bersebelahan jalan berhadapan dengan Stadium Sultan Mohamad IV, dekat sini. Hadir sama seluruh kepimpinan kerajaan negeri termasuk exco, Adun dan Ahli Parlimen dari parti Pakatan Rakyat. Nik Aziz yang ditemui selepas solat sunat tersebut melahirkan rasa syukur tidak terhingganya ...

"Ukhuwah Ini Ya Allah"

Imej
Salam kerinduan buat semua yang hatinya rindu kepada Allah s.w.t. Semoga atas dasar rindu dan cinta kepada Allah itu lah sesuatu hubungan samada kekeluargaan, persahabatan, perkahwinan, pekerjaan hatta dengan makhluk berupa haiwan dan tumbuh-tumbuhan membawa kita kepada ketenangan hati di dunia dan diakhirat. * Adakah hati kita secantik 'hati' ini? Baiklah, nampaknya entri kali ini agak sentimental sedikit. Ada peristiwa yang saya ingin kongsikan dengan semua mengenai ukhuwah dan persahabatan kami di Nisa Shah Alam. Malam tadi, kira-kira tiga bulan selepas kami tidak mengadakan apa-apa program besar Allah s.w.t dan Nisa menemukan kami semula sebagai satu pasukan merancang dan bakal menjayakan satu lagi talkshow di Shah Alam. InsyaAllah dalam bulan Mac atau April. Tajuk menarik: Teman Tapi Mesra . Talkshow kali ini bakal mengupas persoalan kekasih gelap di tempat kerja atau mudah ceritanya suami orang bercinta dengan isteri orang dan sebaliknya. Isu ini antara isu yang agak han...

Check out Membaca Itu Penting - Artikel Motivasi dan Cerita Motivasi

I want you to take a look at: Membaca Itu Penting.

"I Beat Cancer"...Akhirnya Ika bertemu Allah pada tengahari Jumaat 14/11/09

Imej
Sudah lima hari Ika meninggalkan saya dah sahabat-sahabiah yang pernah hidup bersamanya. Bersama dalam kehidupan perjuangan sejak di kampus sehinggalah bergelar graduan. Untuk entri kali ini, saya catatkan sekalung doa dan penghargaan kepada arwah yang pernah hadir dalam hidup saya sebagai seorang sahabat. Arwah Yang Saya Kenali Allahyarhamah Nurul Zalika Md Zan yang saya kenali seorang teman yang mudah didekati. Peramah orangnya, bijak berkata-kata dan berhujah dalam mengeluarkan pandangannya. Mungkin disebabkan minat dan kecenderungan kami sama iaitu politik dan siasah buat kami sekepala. Dia tidak terlalu syadid tetapi seorang yang berfikiran luas dan terbuka. Mudah bermuzakarah. Orangnya lembut, agak manja dan sopan. Mungkin disebabkan saya kakak dan budaya orang Johor memang begitu. Walaupun saya dan arwah berlainan institut pengajian (Arwah di UM, saya di UiTM) tetapi gerakerja dakwah menyatukan kami di dalam satu wadah. Di situ ukhuwah disemai dan gerakerja islam disusun bersama...

PRU13, Selangor dan Nasihat Ust Tuan Ibrahim Tuan Man

Imej
Assalammualaikum dan Salam muzakarah... Alhamdulillah, melalui beberapa muzakarah dan usrah yang saya ikuti saya berhajat berkongsi input dan pandangan bersama-sama sahabat-sahabat dimedia baru ini. Sedikit analisis daripada apa yang berlaku di Selangor dan di era pengisian kemenangan Pakatan Rakyat di Malaysia menunjukkan beberapa trend gerakerja siasah dan politik khususnya diperingkat UMNO/BN ke arah merampas kembali kerajaan-kerajaan yang diterajui oleh Pakatan Rakyat. Cuba kita fikirkan dan renungkan beberapa fakta di bawah: 1. Jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor adalah Presiden UMNO/BN merangkap Perdana Menteri Malaysia sendiri, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak. 2. Selangor: Antara negeri-negeri di Malaysia yang mempunyai sumber hasil terkaya di Malaysia. Jatuhnya Selangor kepada UMNO/BN membawa perubahan sangat besar kepada UMNO/BN kerana melalui Selangor satu jumlah dana akan diperolehi sekelip mata. Sangat diperlukan untuk perbelanjaan gerak kerja PRU 13 nanti. Be...

Movies & Song Critics: 1 LITRE OF TEARS, Kisah Penuh Hikmah & Pengajaran

Imej
Assalammualaikum dan salam pertemuan ... Entri kali ini agak ringan dan bersahaja namun mesej disebalik apa yang cuba dipaparkan bagi saya amat bermakna. Mengajar kita merenung kehidupan dan mensyukuri segala nikmat yang Allah s.w.t kurniakan hatta sehela nafas yang disedut dan dilepaskan... Mungkin ini entri pertama untuk ruangan Movies Songs Critics yang saya cuba aplikasikan daripada aktiviti yang diperkenalkan oleh Nisa. Siri TV: One Litre of Tears ini saya pilih untuk dianalisis dan dikritik bersama supaya aktiviti menonton boleh dijadikan satu program pengisian bermanfaat. Untuk diri kita dan orang lain. Tidak salah menonton sesuatu siri tv/drama/filem jika matlamat dan tujuan menonton itu ditetapkan dengan jelas di dalam minda kita. Apa yang memudaratkan ialah apabila minda kita tidak dipandu dan tidak diarahkan untuk menapis baik dan buruk mesej dari cerita yang kita tonton. Baiklah, kita teruskan dengan entri kali ini. Siri TV dari negara matahari terbit;Jepun ini cukup menye...