"Ukhuwah Ini Ya Allah"

Salam kerinduan buat semua yang hatinya rindu kepada Allah s.w.t. Semoga atas dasar rindu dan cinta kepada Allah itu lah sesuatu hubungan samada kekeluargaan, persahabatan, perkahwinan, pekerjaan hatta dengan makhluk berupa haiwan dan tumbuh-tumbuhan membawa kita kepada ketenangan hati di dunia dan diakhirat.


* Adakah hati kita secantik 'hati' ini?

Baiklah, nampaknya entri kali ini agak sentimental sedikit. Ada peristiwa yang saya ingin kongsikan dengan semua mengenai ukhuwah dan persahabatan kami di Nisa Shah Alam.

Malam tadi, kira-kira tiga bulan selepas kami tidak mengadakan apa-apa program besar Allah s.w.t dan Nisa menemukan kami semula sebagai satu pasukan merancang dan bakal menjayakan satu lagi talkshow di Shah Alam. InsyaAllah dalam bulan Mac atau April. Tajuk menarik: Teman Tapi Mesra. Talkshow kali ini bakal mengupas persoalan kekasih gelap di tempat kerja atau mudah ceritanya suami orang bercinta dengan isteri orang dan sebaliknya. Isu ini antara isu yang agak hangat dimana-mana terutamanya kepada orang yang berkerjaya. Tempat anda bagaimana?


*Memori Talkshow Nisa: Setitis Air Mata Ibu bersama Ust Hasrizal Ab Jamil & Dr. Robiah K.Hamzah. Moderator: Siti Nurul Munawirah Roslan


Ops, sebenarnya bukan itu yang ingin saya kupas dalam entri kali ini. Talkshow kali ini bakal diarah (pengarah) oleh sahabat kami Pn.Atikah Alias dan malam tadi dia buat kami tersentuh. Selepas round table (istilah nya perkara-perkara berbangkit) akhirnya Atikah menutup mesyuarat dengan mendeklamasikan sebuah sajak mengenai ukhuwah. "Ukhuwah Ini Ya Allah" tajuknya.


*Memori bersama, kepenatan selepas program Nisa Indoor Games Shah Alam. Atikah duduk depan sekali.

Atikah seorang yang agak sentimental orangnya. Secara luaran dia nampak lasak dan keras. Tapi sepanjang bersama dia, sungguh sahabatku ini hatinya sangat lembut. Dia juga mudah kasihankan orang lain. Dia seorang yang bersemangat, very excited, seorang yang analitikal dan kritikal pemikiranya, suka berfikir sehinggakan dia pernah kata; "aku ni dalam tidur pun boleh berfikir." Mindanya sangat aktif. Suka tolong orang walaupun dalam keadaan sebenarnya dia sendiri perlukan pertolongan. Pemegang sijil Master dari MSU ini kadangkala buat sahabat-sahabat disekeliling rasa pening dan tidak mampu menjadi seperti dia. TAPI itulah kekuatan dia yang menjadi PELENGKAP atas kelemahan dan kekurangan kami.

Secara jujur ingin saya katakan padanya dan sahabat yang lain;

"Sahabat, Allah jadikan kita pelbagai ragam dan keistimewaan semata-mata DIA ingin tunjukkan kebesaran-Nya dan kebijaksanaan-Nya mencipta dan mentadbir makhluknya. Aku terima engkau sebagai sahabat seadanya kerana Allah s.w.t menuntut aku melakukan begitu. Semoga ukhuwah kita seperti setianya Saidina Abu Bakar kepada Rasulullah s.a.w atau seutuh cinta Saidina Ali kepada Rasulullah dan sehangat cinta dan kasih sahabat-sahabatnya atas nama Allah s.w.t dan Islam. Amin"


Hayati sajak nukilan sahabat saya Atikah;


*Love you all!

Tajuk: "Ukhuwah Ini Ya Allah"

Engkau tahu bahawa hati-hati ini...
Sesungguhnya berhimpun kerana mengasihi-Mu...
Bertaut atas mentaati-Mu...
Bersatu atas dakwah-Mu...

Berjanji setia atas membantu syariat-Mu...
Bertawakal kepada-Mu Ya Allah...

Kau kukuhkanlah Ya Allah ikatannya...
Pimpinlah kami ke jalan-Mu...
Penuhilah ia dengan cahaya yang takkan padam...

Bertemu kerana-Mu Ya Allah...
Perpisah jua kerana Mu...

Moga hati-hati ini sentiasa thabat dalam perjuangan Agama-Mu

Amin Ya Rabbal Alamin...


Hasil nukilan: Atikah Alias
10 Februari 2010
Mesyuarat kali pertama Talkshow Nisa Shah Alam - "Teman Tapi Mesra"

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
tahniah..ini adalah terjemahan doa rabithah "Allahumma innaka ta3lam anna hazihil qulub..."hgga akhir.
Unknown berkata…
amin...syukran 4r sharing...mana bju ungu saya? huhu

Catatan popular daripada blog ini

Jadikan Impian Satu Kenyataan, Mulakan Hanya Dengan Sehelai Kertas!

...Mulakan hari dengan kata-kata positif...!!!

Movies & Song Critics: 1 LITRE OF TEARS, Kisah Penuh Hikmah & Pengajaran