"I Beat Cancer"...Akhirnya Ika bertemu Allah pada tengahari Jumaat 14/11/09



Sudah lima hari Ika meninggalkan saya dah sahabat-sahabiah yang pernah hidup bersamanya. Bersama dalam kehidupan perjuangan sejak di kampus sehinggalah bergelar graduan. Untuk entri kali ini, saya catatkan sekalung doa dan penghargaan kepada arwah yang pernah hadir dalam hidup saya sebagai seorang sahabat.

Arwah Yang Saya Kenali

Allahyarhamah Nurul Zalika Md Zan yang saya kenali seorang teman yang mudah didekati. Peramah orangnya, bijak berkata-kata dan berhujah dalam mengeluarkan pandangannya. Mungkin disebabkan minat dan kecenderungan kami sama iaitu politik dan siasah buat kami sekepala. Dia tidak terlalu syadid tetapi seorang yang berfikiran luas dan terbuka. Mudah bermuzakarah. Orangnya lembut, agak manja dan sopan. Mungkin disebabkan saya kakak dan budaya orang Johor memang begitu.

Walaupun saya dan arwah berlainan institut pengajian (Arwah di UM, saya di UiTM) tetapi gerakerja dakwah menyatukan kami di dalam satu wadah. Di situ ukhuwah disemai dan gerakerja islam disusun bersama...sehingga keakraban seperti adik dan kakak terjalin. Arwah muda tiga tahun daripada saya.

Ketika bersama dalam satu amal islami, kami dan beberapa sahabat bersembang tentang dunia penulisan dan beberapa isu semasa lain. Tiba-tiba arwah menyatakan hasratnya yang buat kami tersenyum dan kadang-kadang rasa budak Ika ni loyar buruk dan nakal...

"Eii takutnya nak mati. Kak Ika doa pada Allah Ika nak tulis 500 buah buku baru Allah boleh cabut nyawa Ika. Tapi Ika tak suka tulis buku...(sambil tersengih).

Ya, dia seorang yang happy go lucky dan suka berseloroh.


Serba sedikit sisi pandangan saya ketika bersama arwah.

Ruh Perjuangannya Tetap Bersama Kami



Pesanan yang ditinggalkan Roshidah di laman blog arwah
buat saya sebak. Sememangnya kami sangat terasa pemergian arwah.

"Moga Allah beri kekuatan pada kami semua..sembang dan contact sahabat-sahabat muslimat... masing-masing masih tidak dapat nak fokus dengan kerja & belajar...InsyaALLAH..kami akan meneruskan perjuangan biar tanpa bersamamu..al fatihah"

Beberapa penghargaan orang yang pernah bergerakerja bersama arwah menyatakan komitmen dan sumbangan mujahidah muda ini harus dijadikan contoh taudalan kepada golongan muda.

Catatan Saudara Khairul Faizi: Nurul Zalikah Telah Pergi Bertemu Ilahi...

Catatan seorang sahabat Syafiq Zulkafli: Mak Redha Along Pergi
Sajak Nukilan Arwah, Ruh Perjuangannya Bersama Kami

Entri arwah di : Saya Dah Semakin Sihat

Saya dah semakin sihat, Walaupun tak bebas kanser sepenuhnya.Saya dah boleh berjalan kaki jauh-jauh. Saya boleh pergi kerja… Doakan saya.


Saya nak berjuang
Saya nak pegang panji ALLAH
Saya nak jadi FrontLINE
Saya nak jadi Jiran RAsulullah saw di syurga
Setiap hari saya nak menatap wajah ALLAH


Saya mesti SIHAT,
Kaki saya ALLAH pinjamkan untuk berjalan ke jalanNYA..
Kaki saya juga boleh guna untuk sepak terajang orang yang ingkar…


Mata saya untuk melihat ALLAH..
Mata saya untuk cegah maksiat…

Tangan saya untuk memaut TALI ALLAH
Tangan saya untuk menulis dan menaip
Tangan saya boleh pukul orang jahat
Tangan saya untuk tunjuk JALAN mana boleh berjumpa ALLAH


Stamina saya mesti Utuh
Satamina saya untuk terus bekerja sampai saya berehat macam Arwah Ustaz Fadil Rehat… macam Pak Ismail dan Rasulullah saw rehat…
Saya tak nak rehat kat cni…. bagilah saya rehat kat cna…
Saya tak nak kena pukul kat sana…
Saya tak nak kene timah mendidih


p/s: Al-Fatihah untuk adikku Ika. Sekali-sekala nak melepas rindu hanya Nukilan-
nukilan-nukilan arwah menjadi tatapanku.

* Gambar-gambar ihsan dari blog arwah.

Ulasan

rahmanw berkata…
salam...
innalillah....
takziah saya ucapkan...
ajal maut sudah ditentukan...akan tiba masa kita pula nanti...
semoga ALLAH menempatkan dia dikalangan wanita2 yang solehah...amin...amin...amin...

al fatihah

Catatan popular daripada blog ini

Jadikan Impian Satu Kenyataan, Mulakan Hanya Dengan Sehelai Kertas!

...Mulakan hari dengan kata-kata positif...!!!

Movies & Song Critics: 1 LITRE OF TEARS, Kisah Penuh Hikmah & Pengajaran