Catatan

Movies & Song Critics: 1 LITRE OF TEARS, Kisah Penuh Hikmah & Pengajaran

Imej
Assalammualaikum dan salam pertemuan ... Entri kali ini agak ringan dan bersahaja namun mesej disebalik apa yang cuba dipaparkan bagi saya amat bermakna. Mengajar kita merenung kehidupan dan mensyukuri segala nikmat yang Allah s.w.t kurniakan hatta sehela nafas yang disedut dan dilepaskan... Mungkin ini entri pertama untuk ruangan Movies Songs Critics yang saya cuba aplikasikan daripada aktiviti yang diperkenalkan oleh Nisa. Siri TV: One Litre of Tears ini saya pilih untuk dianalisis dan dikritik bersama supaya aktiviti menonton boleh dijadikan satu program pengisian bermanfaat. Untuk diri kita dan orang lain. Tidak salah menonton sesuatu siri tv/drama/filem jika matlamat dan tujuan menonton itu ditetapkan dengan jelas di dalam minda kita. Apa yang memudaratkan ialah apabila minda kita tidak dipandu dan tidak diarahkan untuk menapis baik dan buruk mesej dari cerita yang kita tonton. Baiklah, kita teruskan dengan entri kali ini. Siri TV dari negara matahari terbit;Jepun ini cukup menye...

Adakah 'Kata' Mereka Akan Di Dengar?

Imej
Pertama-tamanya saya memulakan entri kali ini dengan ucapan tahniah kepada GAMIS sebuah Badan Bukan Kerajaan yang didokongi oleh alumni mahasiswa-mahasiswi IPTA/IPTS atas usaha mereka melakukan sesuatu untuk memperjuangkan isu pendidikan di Malaysia ini. Apa/What: Kongress Rejenuvasi Sistem Pendidikan Islam Malaysia Bila/When: 11 Julai 2009, 8pg-6.30ptg Mengapa/Why:Kongres bertujuan menilai semula keberkesanan sistem pendidikan Islam yang diamalkan dan membetulkan pandangan dunia terhadap pendidikan Islam yang sebenarnya. Dimana/When: Auditorium Muzium Alam Shah, Shah Alam Selangor Siapa/Who: Anjuran Gabungan Mahasiswa ISlam Semenanjung (GAMIS) Mengapa/How: Penganjuran kongress dengan pembentangan kertas2 kerja oleh tokoh-tokoh pembentang kertas kerja mahir dalam bidang masing-masing. Karikatur ini adalah beberapa sedutan konflik & isu yang berlaku di sekolah-sekolah dan institusi pendidikan tinggi yang lain. Semoga dengan penganjuran kongress ini membuka satu lembaran baru kepada...

Dramaterapi : Satu Lagi Teknik Mengurus Stress! DAFTAR SEGERA!!!

Imej
Suhana Hamdan, M.A (UKM)Pakar Dramaterapi M.A (UKM)PH.D ( MGMT ) – UNITAR (on going )PENGASAS KASEH CVR™ (PERUNDING DRAMATERAPI & MOTIVASI) Dedikasi beliau adalah di dalam bidang dramaterapi.Walau pun bidang ini amat baru di negara ini namun kecenderungan beliau terhadap bidang ini sudah mula dirasakan semenjak tahun 1997 sewaktu bertugas di universiti tempatan. Dramaterapi banyak dipraktis sewaktu kuliah bersama pelajarnya mahu pun bengkel-bengkel yang diusahakan oleh pihak Daisy Speech & Drama Centre, iaitu sebuah sekolah drama untuk kanak-kanak dan remaja yang diusahakan sejak tahun 2003. Melalui pengalamannya dalam dunia akademik selama 12 tahun dan bidang kejurulatihan (drama based training) yang diceburinya sejak di universiti lagi ( 1990 – hinggalah sekarang ) Beliau telah melahirkan idea dan modul yang dinamakan KASEH CVR™ ilham melalui pengalaman dan penyelidikannya tentang manusia dan nalurinya, manusia dan kelakuannya, manusia dan persepsi kehidupan, manusia dan mind...

Ust Hasrizal Abd Jamil & Dr. Robiah K. Hamzah di Masjid Negeri Shah Alam, Ahad 17/05/09

Imej
WHAT/APA: Talkshow Nisa' Shah Alam, SETITIS AIR MATA IBU WHO/SIAPA: Panel - Ust Hasrizal Abd Jamil & Dr. Robiah K.Hamzah WHEN/BILA: Ahad, 17 Mei 2009 WHERE/DIMANA: Dewan Seminar, Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam Selangor. WHY/MENGAPA: Pengisian khusus membincangkan mengenai hari Ibu, peranan & tanggungjawab ibu & anak-anak, kemahiran keibubapaan dan persolaan berkaitan. HOW/BAGAIMANA: Disampaikan dalam bentuk forum bicara antara tokoh-tokoh yang pakar dalam bidang masing-masing. Anjuran NGO Nisa Shah Alam. Maklumat lanjut, hubungi: Afiqah: 013-528 0385, Syuhada: 019-991 2151, 03-5511 1302 Layari: Blog NISA' SHAH ALAM

Muhabasah

Imej
"Kadang-kadang Allah s.w.t patahkan hati kita untuk selamatkan jiwa kita...Dia patahkan hati kita untuk buatkan kita bersemangat...beri kita sakit supaya kita menjadi kuat(dengan kekuatan Dia)...Dia beri kita kegagalan untuk buat kita rendah diri...Dia hantar penyakit supaya kita belajar menghargai segala nikmat yang diberikan-Nya...hayatilah hikmah disebalik ujian & nikmat yang dipinjamkan"

100 Ribu Di Depan Istana Negara 7 Mac ini!

Imej
Saya mulakan entri kali ini dengan petikan komen yang saya baca dalam blog Penarik Beca Komen ringkas ini mampu buat orang yang menganggap gerakan 7 Mac ini tidak relevan. Pasti anda juga mampu tersenyum sinis selepas membaca komen di bawah... "hafissaiden Sunday, February 1, 2009 11:01:00 AM MYT salam pak bakaq, saya hanya nak beri sedikit komen,kalu pak bakaq tah setuju terpulanglah..walaupun saya tak berapa setuju sangat syeikh muzaffar pergi ke angkasa,tapi nak bagitau kat sini dia naik atas sana ada kene blaja bahasa inggeris ke?di kena blaja bahasa russia adalah.. lagi satu,pak bakaq puji erdogan sebab berjaya memaki hamun shmon peres,dia cakap bahasa inggeris ke?dia cakap bahasa turkey..jadi maknanya nak pandai tak semestinya perlu guna bahasa inggeris.." ..................................................................................... Mesyuarat sudah... Meja bulat sudah... Memorandum sudah... Ke Parlimen sudah... Tetapi, masih tiada tindakan yang diambil oleh ker...

Talkshow AKU DIBIUS CINTA

Imej
What : Talkshow NISA Shah Alam When : 14 Februari 2009, 9.30pg-1.30tgh Where : Pentas Utama, PKNS Shah Alam Selangor Who : Panel - Ust Hasrizal Abdul Jamil (Motivational Trainer, Pengasas www.saifulislam.com) - Ust Mohd Uda Kasim (Pendakwah Bebas, Lembaga Zakat Selangor) Moderator: Memperkenalkan, Cik Fitri Nurul Ain Nordin (Graduan Al-Azhar Mesir, Bahasa Arab) Why : 1. Menuntut ilmu, menghilangkan kejahilan 2. Ketahui sejarah Valentine's Daya 3. Cinta Palestin 4. Bagaimana simptom2 manusia yang dibius cinta How : Datang beramai-ramai & sebarkan