Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2008

Malam ke-21 ke?

Imej
Assalammualaikum ... Salam Penghujung Ramadhan.... Mungkinkah malam Lailatul Qadar jatuh pada malam ke 21 yang lepas? Sama-sama kita renungkan perbincangan ilmiah ini. Click me! Malam 21 tu, siangnya kami NISA' Shah Alam Alhamdulillah baru sahaja mengadakan program sempena Ramadhan; NISA' TALKSHOW: CUKUP WANG HATI TENANG di Pentas Utama Kompleks PKNS Shah Alam. Alhamdulillah kehadiran peserta amat memberangsangkan...lepas ni mungkin PKNS boleh/akan bagi laluan kepada NISA' untuk buat lagi TalkShow...al-maklumlah bila ada program menarik pengunjung ke PKNS serba sedikit membantu promosi ekonomi bumiputera yang berniaga di sana . ... Oklah, berbalik pada entry kali ini, apa yang saya boleh kongsikan...pagi 21 hb tu memang cuaca dan suasana di sekeliling rumah saya...lain macam sahaja. Tenang semacam, matahari semacam 'menyorok' di sebalik awan...tapi tak macam mendung...pendek kata memenuhi ciri-ciri dan kriteria yang dibincangkan...Hanya Allah yang mengetahui... Peta