Catatan

Jom Cuci Mata!

Imej
Assalammualaikum & selamat sejahtera...seperti yang dijanjikan, entri kali ini saya cuba upload beberapa gambar yang menarik untuk tatapan pengunjung & blogger sekalian...sambungan dari entri lepas. ...cuba lihat paras air yang sebenar...gambar ni diambil ketika air sudah surut... ...sekarang, banjir adalah perkara biasa.... ...ada yang gembira... ...ada yang duka, merenung hikmah disebalik musibah... ...air naik separas lutut... ...masing-masing merenung dan termenung... ...bukan didaratan sahaja air naik... ...fitrah haiwan bernama kucing...takut dengan air... ...masih ada yang sayang... ...sabar seekor kucing... ...cuba renung betul-betul gambar ini... "keluar mulut harimau, masuk mulut buaya"... kata tikus tu! ...sudah jatuh ditimpa tangga...kucing hitam tu nampak sangat tak puas hati dengan cik tikus! ...taman permainan pun jadi mangsa...Dinasour??? SITUASAI DI DALAM PEJABAT... ...Bro Azmi cuba jadi hero hari tu.. anyway thanks, you have done your best.. .tak lup...

Banjir & PRU12

Imej
WHAT : Banjir WHERE : Pusat Daerah Seksyen 6, Shah Alam WHEN : Sabtu, 5 April 2008 sekitar 4.30ptg-6.00ptg WHY: Hujan lebat selama 2 jam sebelum air naik HOW : Parit tersumbat, tak mampu tampung air dan macam-macam sebab lain menyebabkan air melimpah memenuhi jalan dan tanah yang rendah. (yang paling tenggelam - surau. InsyaAllah akan saya upload gambar tersebut) Who (mangsa) : Peniaga-peniaga, pekerja-pekerja dan penduduk di sekitar kawasan Pusat Daerah Seksyen 6 InsyaAllah saya akan upload gambar-gambar lain sekitar kawasan yang dinaiki air. Antara yang menarik, gambar beberapa ekor kucing menyelamatkan diri memanjat grill pintu..dan celah kekalutan itu juga seekor tikus cuba menyelamatkan diri di grill yang sama! (",) Selepas reda 'tsunami' po litik di Malaysia 8 Mac lalu, kini beberapa kawasan di sekitar Selangor dan Lembah Klang pula di landa satu lagi bencana alam - yang sengaja dirancang oleh manusia - BANJIR KILAT! Catatan sahabat saya, Munawirah di blog...

'Intelligent' dan Lembu!

Imej
Fenomena PRU12 2008 yang lepas membawa pelbagai impak kepada segenap kehidupan rakyat Malaysia. Wakil-wakil rakyat dan pemimpin negara, masing-masing dikejutkan dengan keputusan pilihanraya yang berpihak kepada Barisan Rakyat dan rakyat pula selaku kuasa 'pemutus' juga agak terkejut dengan kemampuan mereka mewujudkan 'tsunami politik' di Malaysia. Pada perkiraan saya, kedua-dua golongan ini masih merasai gelombang tersebut hinggalah saat ini. Saya akui, saya masih lagi 'demam' dengan fenomena ini. Tahniah rakyat Malaysia, anda mampu mengubahnya! Dan pastinya, antara elemen penting kepada berlakunya gelombang ini adalah perang saraf yang dilakukan oleh media. Untuk catatan kali ini, saya ingin berkongsi satu perkara penting yang tidak ramai antara kita; pembaca suratkhabar, penonton tv, pendengar radio dan pengguna kepada media massa ketahui iaitu apa sahaja penulisan berita, rencana dan bahan-bahan penulisan lain sebelum diterbitkan telah ditapis dahulu me...

Media memanipulasi & dimanipulasi!!!

Saya suka memetik artikel berikut untuk analisis kita bersama, sejauhmana media mampu memanipulasi dan dimanipulasi! Ihsan: Harakahdaily.net http://harakahdaily.net/ Utusan dan TV3: Ke manakah pergi perkataan "kononnya", "pengikut", "mendakwa" dan lainnya Shirzad Lifeboat Tue Mar 11, 08 11:28:24 PM Hilang sudah wajah yang sentiasa cuba memaparkan "sayalah tokoh paling bijak pernah dilantik selaku PM Malaysia" di wajah Abdullah sebaik sahaja semua petunjuk dan keputusan awal PR-12 menunjukkan BN tidak mungkin mencapai majoriti dua pertiga dalam Parlimen dan hilang beberapa kerajaan negeri serta gagal menawan Kelantan. Turut hilang bersama pada malam itu dan pada hari-hari berikutnya perkataan popular media kerajaan seperti "kononnya", "mendakwa", "pengikut parti pembangkang' (seolah-olah parti pembangkang yang didaftarkan secara sah diibaratkan seperti pertubuhan haram) yang sering digunakan bagi menghina parti pemban...

Kasihan Datuk A.Samad Said !

Assalammualaikum... (Dah lama tak update blog...Alhamdulillah, hari ni Allah s.w.t bukakan ruang untuk menulis dan ada satu perkara menarik yang ingin saya kongsikan hari ini) Sedang asyik meninjau-ninjau berita dan rencana di Utusan Malaysia Online tiba-tiba mata dan minda saya tersentuh dengan berita di ruangan SASTERA akhbar tersebut. (Rujuk Artikel : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0124&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sastera&pg=sa_03.htm Dewasa ini, karya Sastera dilihat menjadi sangat asing dengan kehidupan kita (tinjauan rambang saya terhadap sahabat-sahabat dan kenalan di sekeliling saya). Tidak ramai yang suka membaca dan pastinya kalau membaca pun mungkin bukanlah bacaan yang berat seperti rencana, puisi atau karya-karya ilmiah yang lain. Kalau saya boleh sebutkan di sini, kebanyakan orang suka membaca itupun bahan bacaan yang berbentuk penceritaan seperti komik dan novel-novel. Kalau memang ramai suka membaca, mana mungkin Majalah MASSA yang penuh ...

Senyum lah wahai insan... (",)

Imej
Salam sejahtera semua... (",) Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi singgah di blog ni. Teruskan melayari laman ini & semoga apa yang dipaparkan serba sedikit mampu membuat kita tersenyum... tidak kiralah ye, senyum manis ke, senyum sinis ke, senyum kambing ke...yang pasti SENYUM...Senyum itu kan sedekah! (",) (ok K.Ina. terima kasih atas teguran. InsyaAllah selepas ini saya cuba gunakan tatacara penulisan yang sebetulnya.)

Hati Seorang Manusia 1

Imej
Catatan pada 4 Januari 2007, 9.30 mlm HATI SEORANG MANUSIA 1 Apa yang aku rasa sekarang? Adakah perasaan ini, perasaan biasa seorang manusia? Yang mendambakan kasih sayang manusia... kononya untuk menggapai cinta Mu Ya Rabbi... Aku mudah goyah...aku sedar diriku sekarang... Apa yang aku rasa... Tidak mampu untuk berbuat apap2... Rasa tidak berguna...rasa hina...rasa lemah...terumbang-ambing... Rasa macam nak gila..... Hinggakan ingin sahaja aku hidup dengan duniaku sendiri... Hidup dengan watak-watak manusia yang aku gambarkan sendiri... Hidup dengan suasana yang aku sahaja tahu indah atau gelita ... ... hidup seperti mana yang aku mahu... Aku tidak menyusahkan orang...orang tak menyusahkan aku... Manusia masing-masing sibuk dengan diri mereka sendiri... Tidak ambil tahu hal-hal orang disekeling, nafsi-nafsi Tiada rasa iri hati..tiada rasa geram, marah dan benci... Kerana mereka ada dunia khayalan sendiri... Entahlah... aku sendi...