Saya mulakan entri kali ini dengan petikan komen yang saya baca dalam blog Penarik Beca Komen ringkas ini mampu buat orang yang menganggap gerakan 7 Mac ini tidak relevan. Pasti anda juga mampu tersenyum sinis selepas membaca komen di bawah... "hafissaiden Sunday, February 1, 2009 11:01:00 AM MYT salam pak bakaq, saya hanya nak beri sedikit komen,kalu pak bakaq tah setuju terpulanglah..walaupun saya tak berapa setuju sangat syeikh muzaffar pergi ke angkasa,tapi nak bagitau kat sini dia naik atas sana ada kene blaja bahasa inggeris ke?di kena blaja bahasa russia adalah.. lagi satu,pak bakaq puji erdogan sebab berjaya memaki hamun shmon peres,dia cakap bahasa inggeris ke?dia cakap bahasa turkey..jadi maknanya nak pandai tak semestinya perlu guna bahasa inggeris.." ..................................................................................... Mesyuarat sudah... Meja bulat sudah... Memorandum sudah... Ke Parlimen sudah... Tetapi, masih tiada tindakan yang diambil oleh ker...
Saya sangat suka memikir dan menulis mengenai manusia. Ragam, peristiwa, kejadian-kejadian pelik dan menyentuh hati tentang manusia. Di dalam ilmu penulisan ia dikategorikan sebagai penulisan human interest. Mengapa? Sebab utamanya ialah saya juga seorang manusia. Manusia dengan manusia yang lain terlalu banyak persamaan. Bentuk tubuh badan, proses tumbesaran, kedudukan mata, hidung, organ-organ dalam badan dan macam-macam lagi kesempurnaan kejadian manusia dari Pencipta Yang Maha Bijaksana. Setiap yang Allah s.w.t ciptakan pasti ada manfaat dan pengajaran kepada manusia…manusia yang berfikir. Mencecah umur 30 tahun ini, saya memahami satu lagi perkara tentang kehidupan. Bukan sekadar memahami bahkan menambah lagi keimanan saya kepada-Nya. InsyaALLAH. Apa Dia? Setiap yang berlaku dalam hidup kita, susah atau senang semuanya adalah cara Allah s.w.t menghantar mesej kepada kita. Allah s.w.t sedang berkomunikasi dengan kita. Beruntunglah orang yang sedar dan peka dengan perkara ini. Keran...
Kembara Ramadhan bersama Saya, Cat, Ibu Azlin Hezri, Sharna Liza, Azlin dan Ruby di Ar-Rafiah Seksyen 7 Shah Alam. Jumaat 12 Ogos 2011/12 Ramadhan 1432H
Catatan kembara Ramadhan ini cukup menyentuh hati dan sangat bermakna buat saya.
Daripada seorang peminat dan penggemar lakonan Catriona Ross, Allah takdirkan saya menjadi rakan twitter beliau di medan maya. Kini bersahabat pula di dunia realiti. Pasti ada yang menarik untuk dikongsikan.
" Catriona Ross yang saya kenal - Humble, lembut, jujur mengeluarkan pandangan, suka berkongsi, berprinsip & tegas dengan pendiriannya... orangnya juga sedikit perfectionist yang sentiasa cuba memperbaiki diri & buat yang terbaik dalam setiap kerja yang dilakukan ;) "
Sebagai seorang insan yang punya latarbelakang kewartawanan jiwa saya memang sangat-sangat teringin meneroka kehidupan orang lain. Bukannya ingin menjaga tepi kain orang tetapi cuba menyelami dan menghayati kalam Allah yang sungguh membuat saya menjadi pem...
Ulasan