Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Isu Semasa

Kasihan Datuk A.Samad Said !

Assalammualaikum... (Dah lama tak update blog...Alhamdulillah, hari ni Allah s.w.t bukakan ruang untuk menulis dan ada satu perkara menarik yang ingin saya kongsikan hari ini) Sedang asyik meninjau-ninjau berita dan rencana di Utusan Malaysia Online tiba-tiba mata dan minda saya tersentuh dengan berita di ruangan SASTERA akhbar tersebut. (Rujuk Artikel : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0124&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sastera&pg=sa_03.htm Dewasa ini, karya Sastera dilihat menjadi sangat asing dengan kehidupan kita (tinjauan rambang saya terhadap sahabat-sahabat dan kenalan di sekeliling saya). Tidak ramai yang suka membaca dan pastinya kalau membaca pun mungkin bukanlah bacaan yang berat seperti rencana, puisi atau karya-karya ilmiah yang lain. Kalau saya boleh sebutkan di sini, kebanyakan orang suka membaca itupun bahan bacaan yang berbentuk penceritaan seperti komik dan novel-novel. Kalau memang ramai suka membaca, mana mungkin Majalah MASSA yang penuh ...

KUNING...bukan sebarang KUNING!

Imej
bersambung...... Aku datang dengan KUNING 2 Walaupun kami berada di barisan belakang, bau pancutan water cannon dan tembakan gas pemedih mata serba sedikit menyukarkan kami untuk bernafas. Tapi, apa yang lebih menyedihkan kami ialah melihat sahabat-sahabat pemuda yang kesakitan menahan pedihnya terkena 'senjata lembut' FRU sebelum itu.... Akhirnya selepas beberapa lama, kami dibenarkan keluar...tetapi bukan dengan identiti kuning...& kami tidak berjalan secara segerombolan...hanya berjalan kaki melalui koridor2 bangunan kedai / pejabat hinggalah ke Istana Negara. Walaupun kami terlewat, kepuasan untuk bersama-sama meramaikan perhimpunan itu menjadi kenangan manis buat kami... Untuk mendapat gambaran lanjut mengenai pergerakan dari masjid jamek, tatapilah catatan wartawan harakah yang bersama-sama kami di sana. Dipetik dari http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/utama/catatan-saksi-mata-dari-perlis-ke-dataran-merdeka.html Ketika saf hadapan sudah berada di Jalan Tun Per...

Aku Datang Dengan KUNING...bukan budaya kuning!

Imej
http://bm.bersih.org/ Tarikh keramat 10 Nov 2007. Malam sebelum perhimpunan itu hatiku agak gementar, maklumlah media mewar-warkan bahawa sesiapa sahaja yang terlibat; menyaksikan, berada di sekeliling tapak perhimpunan, etc akan ditangkap dan dikenakan tindakan undang-undang oleh Kerajaan DEMOKRASI Malaysia. Namun, kutetapkan jua niat untuk bersama-sama yang lain, sahabat-sahabatku yang lain pun begitu juga...nampak tenang...mungkin di dalam hati mereka berdebar-debar...dapat membayangkan apa yang akan menanti kami esok. Malam itu kami sempat membuat beberapa persediaan, maklumlah ibarat pergi ke medan perang...perlu ada bekalan; makanan, ubat-ubatan dan yang paling utama yang perlu di bawa ialah senjata DOA tidak kami lupakan. Esoknya kami berkumpul di satu tempat dan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Ditakdirkan hari itu aku berada di Masjid Jamek, salah satu tempat berkumpul kumpulan BERSIH dan paling mencabar tempat kami berhampiran Dataran Merdeka. Sebelum sampai ke Masj...