Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Motivasi

Kembara Ramadhan Bersama Catriona Ross

Imej
Kembara Ramadhan bersama Saya, Cat, Ibu Azlin Hezri, Sharna Liza, Azlin dan Ruby di Ar-Rafiah Seksyen 7 Shah Alam. Jumaat 12 Ogos 2011/12 Ramadhan 1432H Catatan kembara Ramadhan ini cukup menyentuh hati dan sangat bermakna buat saya. Daripada seorang peminat dan penggemar lakonan Catriona Ross, Allah takdirkan saya menjadi rakan twitter beliau di medan maya. Kini bersahabat pula di dunia realiti. Pasti ada yang menarik untuk dikongsikan. " Catriona Ross yang saya kenal - Humble, lembut, jujur mengeluarkan pandangan, suka berkongsi, berprinsip & tegas dengan pendiriannya... orangnya juga sedikit perfectionist yang sentiasa cuba memperbaiki diri & buat yang terbaik dalam setiap kerja yang dilakukan ;) " Sebagai seorang insan yang punya latarbelakang kewartawanan jiwa saya memang sangat-sangat teringin meneroka kehidupan orang lain. Bukannya ingin menjaga tepi kain orang tetapi cuba menyelami dan menghayati kalam Allah yang sungguh membuat saya menjadi pem...

Jadikan Impian Satu Kenyataan, Mulakan Hanya Dengan Sehelai Kertas!

Imej
Salam hijrah untuk semua. Perkongsian kali ini agak santai sedikit. Lebih kepada mengajak diri sendiri dan pengunjung blog ini melihat ke belakang sepanjang hampir setahun Allah panjangkan umur kita pada tahun 2010. Yang pastinya terlalu banyak kesyukuran yang perlu kita persembahkan kepada Allah atas setiap detik kurniaan yang Allah s.w.t limpahkan kepada kita. Kerana apa? Bagi saya kerana perkara-perkara ini; impian-impian kecil & besar dalam hidup saya Allah s.w.t kabulkan dan menjadikan ia satu realiti atau material yang boleh saya pegang dan rasai. Juga kerana kita percaya Allah s.w.t Maha Baik kepada hamba-hambaNya. Untuk lebih jelas, saya galakkan diri saya dan pengunjung sekalian menyenaraikan satu persatu impian-impian itu. Alhamdulillah untuk tahun 2010, Allah s.w.t kabulkan permintaan saya untuk... IMPIAN 1. Dapat pekerjaan yang sesuai dengan minat dan kecendeungan saya - Pegawai Penyelidik Media di sebuah NGO - Ummah Centre di Shah Alam IMPIAN 2. Menyelesaikan beberapa...

Mesej dari DIA...

Imej
Saya sangat suka memikir dan menulis mengenai manusia. Ragam, peristiwa, kejadian-kejadian pelik dan menyentuh hati tentang manusia. Di dalam ilmu penulisan ia dikategorikan sebagai penulisan human interest. Mengapa? Sebab utamanya ialah saya juga seorang manusia. Manusia dengan manusia yang lain terlalu banyak persamaan. Bentuk tubuh badan, proses tumbesaran, kedudukan mata, hidung, organ-organ dalam badan dan macam-macam lagi kesempurnaan kejadian manusia dari Pencipta Yang Maha Bijaksana. Setiap yang Allah s.w.t ciptakan pasti ada manfaat dan pengajaran kepada manusia…manusia yang berfikir. Mencecah umur 30 tahun ini, saya memahami satu lagi perkara tentang kehidupan. Bukan sekadar memahami bahkan menambah lagi keimanan saya kepada-Nya. InsyaALLAH. Apa Dia? Setiap yang berlaku dalam hidup kita, susah atau senang semuanya adalah cara Allah s.w.t menghantar mesej kepada kita. Allah s.w.t sedang berkomunikasi dengan kita. Beruntunglah orang yang sedar dan peka dengan perkara ini. Keran...

Aura Tuan Guru 1

Imej
Program: Majlis Makan Malam Bersama Tok Guru Tarikh: 3 November 2008 Masa: 8.00mlm-12.00mlm Tempat: Penthouse Suite 4, Cattelya Grand Ballroom, Wisma PKPS, Shah Alam Selangor Anjuran: Dewan Muslimat PAS Kawasan Shah Alam Kehadiran: Lebih 800 orang tetamu VVIP: YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz b. Nikmat (Muryidul Am PAS, Menteri Besar Kelantan) YB Datuk Haji Kamaruddin Jaafar (Setiausaha Agung PAS Pusat, Ahli Parlimen Tumpat) YB Khalid Samad (Timb. Pesuruhjaya II PAS Selangor, Ahli Parlimen Shah Alam) YB Dr. Siti Mariah Mahmod (Ahli Parlimen Kota Raja) YB Hj. Yaakop Sapari (ADUN Kota Anggerik) Persembahan: Saudara Azhan Atan (Juara Akademi Nasyid TV9) Ahmad Hibatullah Zawawi (Bakat baru) ...Tuan Guru... "...Wahai manusia, tanpa mengira bahasa, bangsa dan budaya...dengar tuhan cakap, kata Allah "Kami membuat kamu semua baik lelaki baik perempuan dan kami jadikan kamu bermacam-macam puak, bangsa dan keturunan tujuannya untuk kamu kenal mengenali dan sesungguhnya yang p...