Catatan

Refleksi Sebuah Ciptaan Tuhan - Nur Muhammad

Imej
Catatan 23.8.2014 Refleksi sebuah ciptaanNya Allah's creation... Nur Muhammad 8 month. Journey living into greatness. Sebagai ibu maknai setiap saat bersama anak yang sedang membesar. Ia satu proses yang sungguh istimewa, refleksi sebuah hubungan hamba dengan Pencipta. Pelbagai mesej daripada Allah s.w.t melalui si kecil ini. Saat mengandungkannya, saat melahirkan, saat menatap wajahnya, saat menyusukan, saat memandikan, saat menukarkan lampin dan memakaikan baju, saat memujuknya ketika menangis, saat menidurkannya, saat bermain, saat bersama-sama dalam mesyuarat dan program yang ummi atau abi Mohd Subari Jahaya hadiri, dan saat-saat lain. Sangat halus, sangat dalam, sangat membekas! Ia terjemahan sebuah CINTA & KASIH dari sumber segala cinta iaitu Allah s.w.t. Melalui perkahwinan dan sunnahtullah berkeluarga juga, Allah s.w.t memberi insan rasai perbezaan kasih sayang antara makhluk bernama suami & anak dan kasih sayang Allah s.w.t. Syukur alhamdulillah

2017 Tahun Buat Duit Dengan Menulis

Bismillah. Tahun 2017 tahun untuk fokus membuat duit dengan aktiviti penulisan. Mulakan dengan konsisten berkongsi sebarang ilmu berkaitan penulisan terutamanya di medium Facebook. Kedua Alhamdulillah, melalui syarikat Sentral Al Furqan Solution kami berjaya menganjurkan Kem Penulis Upahan Siri 1 pada 6 - 7 Mei 2017 di Shah Alam. Seramai 18 orang peserta hadir menyelam ke dalam dunia penulisan. Bagaimana penulis belakang tabir menjadikan menulis sebagai kerjaya mereka sehingga menjana pendapatan sebanyak 42 ribu untuk 5 buku yang ditulis. Beberapa check list penulisan buku perlu diselesaikan tahun ini iaitu :- 1. Travelog Lantai Parlimen / Travelog Perempuan-perempuan Parlimen 2. Ebook Panduan Buat Duit Sebagai Penulis Upahan 3. Ebook Suri Menulis 4. Buku Siri Keajaiban Al Quran mengikut surah-surah pilihan Ya Allah permudahkan urusan kami semua dalam menyemarakkan dunia ilmu dan penulisan ini, Aaamin

Travelog Lantai Parlimen : Katil Nombor 5, Hospital Muar

Imej
* Gambar ihsan google Hospital Muar, katil nombor 5. Adegan yang tidak  dapat aku lupakan sewaktu awal-awal tahun dalam dunia pengajian kewartawanan. Apa pun yang hadir di sekelilingku semuanya bernilai. Bernilai berita!  Katil nombor 5 "Abang Musa... Abang Musa. Terima kasih tolong aku. Engkau seorang sahaja yang faham aku. Kalau tak ada engkau memang teruk lah aku masa tu!" "Abang Musa, datanglah melawat aku. Aku bosanlah di sini." Tiba-tiba wad 15, wad wanita Hospital Muar dikejutkan dengan teriakan Kak Salmi. Wanita Orang Kelainan Upaya (OKU) umurnya lingkungan 30 an; bercakap-cakap seorang diri sambil di selang seli dengan gelak ketawanya.  Ketika itu aku sedanng menemani Kakakku Nora yang juga seorang OKU. Dia demam panas dan meracau-racau. Katilnya nombor 10 berdepan dengan katil Kak Salmi. Sewaktu Kak Salmi menjerit-jerit memanggil kawan halusinasinya abang Musa, aku dan Kak Nora hanya diam memerhati. Waktu itu apa yang tidak l

5 Tujuan Penulisan Kritis

Imej
Dari kiri Tuan Hasbie Muda, Hafizah, Diana, Haslina, Suhaini, Hazayani & Nurul  Bengkel Penulisan Kritis, Sabtu 13.2.16, Petaling Jaya Alhamdulillah, misi penulisan diteruskan lagi.... :) Kali ini bersama Tuan Hasbie Muda dalam Bengkel Penulisan Buku Kritis. Menurut Tuan Hasbie Muda, antara tujuan penulisan buku kritis ialah : 1. Memenuhi tuntutan menjawab atau memberi pandangan umum (public opinion) berkaitan sesuatu isu contohnya isu vaksin, harga barang dan lain-lain. 2. Mempengaruhi keputusan pembuat polisi. Yang Berhormat di DUN atau Parlimen banyak merujuk buku-buku untuk membuat undang-undang dalam negara. Tidak ramai penulis islam menulis buku-buku kritis begini maka kita boleh menilai pendapat yang keluar daripada penghujahan dan proses pembuatan polisi oleh ahli-ahli dewan di Parlimen! Banyak buku-buku kritis diterbitkan oleh Gerak Budaya dan ramai penulis-penulis ialah bukan Islam. Maka menjadi jadi satu tuntutan besar kepada penulis muslim berp

Mengapa Travelog Lantai Parlimen?

Imej
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.... Mengapa Travelog Lantai Parlimen? Itu persoalan yang diajukan tatkala saya bercadang mencoretkan sebuah travelog pengalaman terlibat dalam bidang kewartawanan & media serta penyelidik kepada seorang senator selama hampir 10 tahun ini. Jam 9.00 malam bertemu YB Mumtaz Md Nawi selepas sidang Dewan Negara Bersama sahabat penyelidik Cik Norazlin Mohamed Ariff & Puan Tengku Husni Tengku Abd Razak Travelog ialah catatan perjalanan. Lantai pula saya pilih sebagai simbolik kepada semua latar cerita mengenai pengalaman saya meneroka dunia media, dakwah dan politik di Malaysia. Manakala parlimen pula saya pilih sebagai hujung perjalanan saya khususnya dalam memperjuangkan isu-isu rakyat marhaen. Umum tahu bahawa di parlimenlah (Dewan Rakyat & Dewan Negara) undang-undang digubal dalam usaha menyusun dan menyelesaikan permasalahan rakyat.     Himpunan hansard parlimen - perbahasan oleh YB Mumtaz M

Kembara Ramadhan Bersama Catriona Ross

Imej
Kembara Ramadhan bersama Saya, Cat, Ibu Azlin Hezri, Sharna Liza, Azlin dan Ruby di Ar-Rafiah Seksyen 7 Shah Alam. Jumaat 12 Ogos 2011/12 Ramadhan 1432H Catatan kembara Ramadhan ini cukup menyentuh hati dan sangat bermakna buat saya. Daripada seorang peminat dan penggemar lakonan Catriona Ross, Allah takdirkan saya menjadi rakan twitter beliau di medan maya. Kini bersahabat pula di dunia realiti. Pasti ada yang menarik untuk dikongsikan. " Catriona Ross yang saya kenal - Humble, lembut, jujur mengeluarkan pandangan, suka berkongsi, berprinsip & tegas dengan pendiriannya... orangnya juga sedikit perfectionist yang sentiasa cuba memperbaiki diri & buat yang terbaik dalam setiap kerja yang dilakukan ;) " Sebagai seorang insan yang punya latarbelakang kewartawanan jiwa saya memang sangat-sangat teringin meneroka kehidupan orang lain. Bukannya ingin menjaga tepi kain orang tetapi cuba menyelami dan menghayati kalam Allah yang sungguh membuat saya menjadi pem

Jadikan Impian Satu Kenyataan, Mulakan Hanya Dengan Sehelai Kertas!

Imej
Salam hijrah untuk semua. Perkongsian kali ini agak santai sedikit. Lebih kepada mengajak diri sendiri dan pengunjung blog ini melihat ke belakang sepanjang hampir setahun Allah panjangkan umur kita pada tahun 2010. Yang pastinya terlalu banyak kesyukuran yang perlu kita persembahkan kepada Allah atas setiap detik kurniaan yang Allah s.w.t limpahkan kepada kita. Kerana apa? Bagi saya kerana perkara-perkara ini; impian-impian kecil & besar dalam hidup saya Allah s.w.t kabulkan dan menjadikan ia satu realiti atau material yang boleh saya pegang dan rasai. Juga kerana kita percaya Allah s.w.t Maha Baik kepada hamba-hambaNya. Untuk lebih jelas, saya galakkan diri saya dan pengunjung sekalian menyenaraikan satu persatu impian-impian itu. Alhamdulillah untuk tahun 2010, Allah s.w.t kabulkan permintaan saya untuk... IMPIAN 1. Dapat pekerjaan yang sesuai dengan minat dan kecendeungan saya - Pegawai Penyelidik Media di sebuah NGO - Ummah Centre di Shah Alam IMPIAN 2. Menyelesaikan beberapa